“Cukup sampai di sini, mohon berubahlah jadi lebih baik…” – Pesan terakhir Bella buat Aliff

Kisah rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah kini sudah pun menemui jalan penamatnya, masing-masing sudah membuat keputusan yang difikirkan terbaik buat diri mereka.

Namun, pasti masih lagi terselit rasa sayang itu, mana tidaknya perkenalan selama enam tahun, sehingga berkahwin dan dikurniakan cahaya mata membuatkan penceraian ini adalah detik paling perit dalam hidup mereka.

Bella titip pesan buat Aliff…

Menerusi liputan yang dibuat oleh media, dilihat Bella dan Aliff sempat berbicara, malah Bella sempat menitipkan nasihat buat bekas suaminya itu.

“Berubah untuk diri sendiri…” – Bella

Ditanya media mengenai apakah intipati nasihatnya kepada bekas suaminya, Bella menasihatkan Aliff supaya niat berubah dan terus kuat menghadapi segala kecaman demi kebaikkan diri sendiri.

“Do the best berubah untuk sendiri, bila kita berubah kerana kebaikkan, Allah akan bukakan jalan, sebab itu Aliff kena perbaiki diri dia…”

Ibu dan ayah Aliff orang yang baik2…

Tambah Bella lagi, dia juga memesan kepada Aliff agar sentiasa mengingati keluarga, terutama ibu dan bapanya, kerana baginya dia menyifatkan bekas mertuanya adalah orang yang baik-baik.

Untuk rekod, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, bahtera yang dibina selama hampir empat tahun kini sudah pun berakhir dengan penceraian.

Semoga jalan yang dipilih ini adalah jalan yang terbaik, mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku terhadap kisah mereka ini.

Sumber : mStar Online