“Kakak saya dah tiada..” – Jururawat dikelar, mayat reput selepas 8 hari kehilangan

Setelah lebih seminggu kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd. Kamarudin, mayat wanita berkenaan ditemui di sebuah rumah sewa di Cyberjaya petang semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, mayat ditemui pemilik rumah tersebut yang bagi melakukan pemeriksaan selepas wanita berusia 40 tahun itu gagal dihubungi sejak seminggu lalu.

“Mayat itu ditemui dalam keadaan reput dipercayai sudah meninggal dunia sejak seminggu lalu selain terdapat kesan kelar pada leher mangsa.

“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya.

Menerusi laman Facebook , adiknya Siti Khairani Kamarudin turut memuat naik sebuah posting yang mengesahkan Siti Kharina sudah meninggal dunia.

Dikebumikan selepas asar

Sumber : Harian Metro , Khairani Kamarudin