“Saya dah ada semua..” – Aliff Syukri sumbang RM1.2 juta bagi golongan susah

Pada bulan Ramadan yang mulia ini, banyak perkara boleh dilakukan bagi mengumpul pahala antaranya solat terawih, bersedekah dan memberi bantuan kepada golongan memerlukan juga dapat meluaskan rezeki seseorang individu.

Terbaru, usahawan kosmetik Dato’ Sri Aliff Syukri berkongsi satu foto di akaun Instagram ketika sedang mengagihkan sumbangan zakat bernilai RM1.2 juta yang diperoleh melalui perniagaan miliknya AS Legacy HQ.

View this post on Instagram

Alhamdulilah sy telah selesaikan tanggungjawab wajib kepada mereka yang memerlukan.. Setiap hasil keuntungan yg diperoleh dprd perniagaan @as.legacymalaysia saya sedar hasil ini juga hak milik mereka yg memerlukan.. Perniagaan yg dibina ini bukan semata-mata utk mengumpul kesenangan milik sy seorang.. Sy telah miliki segalanya dan sebahagian drpd harta kesenangan ini akan sy berikan kpd mereka yg memerlukan.. Terima kasih kpd semua yg sentiasa menyokong @as.legacymalaysia sehingga saya mampu mengeluarkan Zakat sebanyak 1.2 Juta pada tahun ini.. Alhamdulilah di atas rezeki Nya.. . . baju sy dari @as.legacymalaysia

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Doakan mereka kurang berkemampuan ini juga gembira di bulan mulia ini…

View this post on Instagram

doakan mereka yg kurang berkemampuan ini juga gembira di bulan mulia ini.. dan sesiapa yg mendoakan kebaikan saya.. saya juga turut mendoakan kalian🙏🏻🙏🏻 . . . Setiap hasil keuntungan yg diperoleh dprd perniagaan @as.legacymalaysia saya sedar hasil ini juga hak milik mereka yg memerlukan.. Perniagaan yg dibina ini bukan semata-mata utk mengumpul kesenangan milik sy seorang.. Sy telah miliki segalanya dan sebahagian drpd harta kesenangan ini akan sy berikan kpd mereka yg memerlukan.. Terima kasih kpd semua yg sentiasa menyokong jenama @as.legacymalaysia … boleh saya tau??? siapa pengguna atau mop saya??? sila komen d bawah..sokongan anda saya peruntukkan pada mereka yg kurang berkemampuan😘 ada yg perlukan bantuan saya lagi..kalau ada komen d bawah nanti sy akan berjumpa anda.. . . . baju sy dari @as.legacymalaysia

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Menerusi kapsyen entri tersebut, Aliff menyatakan bahawa beliau sudah memiliki segalanya dan sebahagian daripada harta kesenangan ini akan diberikan kepada golongan kurang bernasib baik.

Alhamdulillah setiap tahun pasti ada agihan zakat untuk mereka

Ternyata sikap mulia yang dilakukan oleh pengasas produk D’Herbs itu mencuri perhatian ramai apabila rata-rata netizen menyatakan rasa syukur dan memuji selain mendoakannya di ruangan komen.

Tahniah dato…

Semoga murah rezeki dato’…

Satu contoh yang patut diikuti oleh  ahli perniagaan yang lain…

Sumber : Dato’ Aliff Syukri