Dugaan bertali arus, sokongan adik-beradik buat Bella Astillah masih tersenyum

Umum sedia tahu kes kecurangan Aliff Aziz terhadap isterinya yang lebih daripada sekali membuatkan wanita tersebut memilih untuk menfailkan penceraian. Bella Astillah terpaksa menguatkan diri demi anak mereka Ayden Adrean walaupun hebat diuji dengan pelbagai kontroversi Aliff.

Namun, disebalik kekuatan Bella menghadapi setiap dugaan, ahli keluarganya menjadi tulang belakang dengan memberi semangat dan juga sokongan dalam mengharungi hari-hari sukarnya.

Adik-adik beri semangat

Selepas bapa Bella, Agastillah memberi kata-kata sokongan kepada anak sulungnya melalui Instagram, kini giliran adik-adik Bella pula melakukan perkara sama seperti bapa mereka.

Didi Astillah dan juga Eriqa Astillah turut memuat naik posting meminta kakak mereka bertabah dengan ujian dan penceraian yang berlaku.

“Kaklong tenang hadapi dugaan ni mungkin sebab kaklong ikhlas dengan setiap benda kaklong lakukan.. Terima kasih jadi contoh yang baik untuk adik2 kaklong.. dan setiap wanita yang lalui perkara sama diluar sana… “ – Didi Astillah

Ramai yang mendoakan Bella

Menerusi ruangan komen di Instagram Didi, rata-rata memuji tindakan yang diambil Bella dan mendoakan agar wanita itu tabah melayari kehidupan selepas bercerai. Mereka turut berasa bangga dengan Didi kerana sentiasa menyokong kakaknya.

kak long awak sangat memberi inspirasi

Bella dikelilingi keluarga yang baik

Jangan mengalah kak!

Selain Didi Astillah, seorang lagi adik Bella yang dikenali sebagai Eriqa Astillah turut memuat naik posting kata-kata motivasi di ruangan Instagramnya. Tampil memakai hijab, Eriqa terlihat manis dan cantik sama seperti kakak-kakaknya itu.

“Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.” – Eriqa Astillah

Walaupun berdepan dengan detik sukar, Bella Astillah masih lagi mampu tersenyum kerana keluarganya sangat memberi perhatian terhadapnya.

Penceraian yang terjadi antara dia dan Aliff Aziz seakan menjadi noktah kepada pelbagai drama dan spekulasi kecurangan artis tersebut sejak kebelakangan ini.

 

Sumber : Didi AstillahEriqa Astillah