“Bye, Daddy!” – Lambaian terakhir Ayden buat Aliff Aziz, buat ramai sebak

Sengketa yang berlaku dalam rumah tangga Alif Aziz dan Bella Astillah akhirnya terlerai apabila mereka sah bercerai talak satu semalam di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Kekecewaan terhadap suaminya ternyata tidak dapat dibendung lagi apabila Aliff sekali lagi berlaku curang terhadap dirinya walaupun sudah bergelar bapa.

Rentetan peristiwa tersebut, Bella telah memuat naik sebuah posting memaklumkan mengenai perkara tersebut kepada pengikutnya di laman Instagram.

Namun, apa yang lebih meruntun jiwa apabila anak sulung mereka iaitu Mohamad Ayden Adrean bin Muhammad Aliff yang kini berusia 2 tahun terpaksa berpisah dengan ayah kesayangannya itu.

Rakaman ‘live’ tersebut meraih lebih 100 ribu tontonan dan hampir 2 ribu tanda suka di laman Youtube yang rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap Bella selain mendoakan yang baik-baik buat kedua pasangan itu.

Menerusi sesi ‘live’ yang dirakam oleh Harian Metro, rata-rata netizen berasa sebak melihat ‘lambaian terakhir’ Ayden buat Aliff.

Sedih tengok Bella…

Kesian Ayden dah kena hadap parents bercerai…

Sedihnya bila part dengan anak…

Sedihnya tengok Ayden lambai Aliff

Sumber : Bella Astillah Harian Metro