“Ingatkan pekerja tol tadi…” – Peminat terkejut jumpa Remy edar juadah berbuka di tol

Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan al-Mubarak, ramai golongan selebriti yang tidak melepaskan peluang untuk mengejar pahala dan kebaikan pada bulan ini.

Begitulah juga yang dilakukan oleh pelakon lelaki popular, Remy Ishak yang telah mengejutkan pengguna plaza tol Sunway, lebuhraya KESAS apabila muncul memberikan juadah berbuka puasa kepada pengguna jalan raya.

Ingatkan siapalah yang dok tunggu di tol, rupanya kanda!

Selamat berpuasa ye kak!

Kehadiran pelakon Pujaan Hati Kanda tersebut di tol KESAS adalah untuk mengagihkan pemberian air kotak percuma sempena Ramadan.

Remy Ishak yang merupakan duta bagi minuman air kotak tersebut, menyapa pengguna tol KESAS dengan ramah sekali.

Manakala, di laman sosial pula pengguna yang turut mendapat kotak minuman daripada aktor itu turut berkongsikan foto di laman sosial masing-masing.

Sumber : OriginaRemy Ishak