“Kak Yanie baik, kami akan rindu..” – Barisan selebriti turut berduka pemergian pengasas D’nars

Pagi ini industri kecantikan tanah air dikejutkan dengan berita kematian pengasas kosmetik terkenal, Faziani Rohban 39 tahun yang telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Patani, Thailand bersama suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim.

Berita tersebut sememangnya mengejutkan ramai selebriti, yang turut berduka atas pemergian pengasas kosmetik D’nars itu.

Al-Fatihah

Di laman sosial, selebriti terkenal dan rakan artis telah memuat naik foto dan ucapan takziah atas pemergian insan yang terkenal dengan sikap baik hati dan peramahnya.

Antara rakan selebriti yang rapat dengan arwah adalah Fasha Sandha, Hanez Suraya dan Sheila Rusly yang menitipkan kata-kata buat allahyarham.

Fasha sayang akak!

View this post on Instagram

Kakak @faziani_rohban kesayanganku, insan yang baik budi pekertinya… Cepatnya dikau pergi meninggalkan kami, kali terakhir berjumpa dengan di Majlis berinaiku, tapi dikau tak pernah lupa untuk message bertanyakan khabar, sering memberikan sokongan buatku, dikau seorang yang terlalu baik untukku😢 Kak, semoga Allah tempatkan mu di Kalangan orang yang beriman. I love you kak, seorang yang baik dan sangat humble. Antara insan yang paling kusanjung tinggi. Masih terkejut dengan pemergian mu kak😢 Kepada semua followers ku, mohon sedekahkan Al Fatihah buat kak Faziani yang baru saja meninggal dalam kemalangan jalan raya. Please 🙏 Al Fatihah . Sepatutnya kita plan berbuka bersama malam ni dan kakak dah cakap dalam group akan berjumpa untuk IFTAR DS @aliffsyukriterlajaklaris malam ni kak? Tak apa, saya pergi ke KB untuk jumpa kakak untuk kali terakhir😢 Takkan ada lagi message kakak , dan tiada lagi balasan texting daripada kakak dalam 4 group whatsapp kita bersama lepas ni. ☹️ …tetapi segala nasihat kak akan Sha ingat sampai bila2… Allahuakbar, Inalillah I will remember you kak, kenangan kita bersama takkan ku lupa. 😔❤️

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Kak faz sempat order baju raya dengan kami…

Selain itu, rakan allahyarham dalam bidang kosmetik juga turut menitipkan salam takziah dan terkejut atas berita ini.

Kak faz dalam perjalanan hantar zakat

Dia janji nak jumpa saya malam ni

View this post on Instagram

knp ramai org yg saya syg pergi…dia dah janji nak jumpa saya malam ni😭sahabt sy tolong doakan arwah . . Sedih terkejut menggigil kaki saya menerima perkhabaran sahabat seperjuangan bisnes saya kak @faziani_rohban kosmetik dan dnars.. telah kembali ke rahmatullah disebabkan kemalangan pagi tadi… . jujurnya pahit utk sy tulis ini sbb saya kenal kak faziani lebih 15tahun… ketika berniaga dipasar lagi sehinggalah beliau berjaya…saya terus terimbau kembali kebaikan kak faziani orangnya sangat 2 baik…setiap tahun bagi sumbangan dan ke umrah….ikhlas dan tidak pernah memburukkan org lain walau di diburukkan malah dia janji nak dtg majlis saya malam utk iftar siap booking 2org .. semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yg beramal soleh dan rezeki arwah pergi pada bulan ramadhan yg penuh keberkatan…malam ni lps majlis sy akan ke kelantan demi akak .. tanda peringatan dan penghormatan terakhir kri kat akak.. alfatiha😢😢😢

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Kenangan selalu bersama

Cepatnya akak tinggalkan kami..

Takziah diucapkan kepada keluarga Puan Faziani, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sumber : Instagram