“Saya tak kuat, tapi perlu kuat demi 7 orang adik…” – Luahan anak sulung Faziani buat ramai sebak

Pemergian usahawan kosmetik terkenal Faziani Rohban dalam kemalangan di Pattani, Thailand mengejutkan banyak pihak.

Menuju ke Tahfiz Pattani

Kehadirannya di sana adalah bertujuan untuk memberikan sumbangan zakat kepada anak-anak tahfiz sempena bulan Ramadan ini.

Namun begitu, kenderaan yang dinaikinya bersama suami telah terbabit kemalangan dengan sebuah lori sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa.

Anak mohon sedekahkan Al-Fatihah

Menerusi Instagram anak lelaki pengasas Dnars, Iqbal Hakim, dia telah mengesahkan berita ini dan meminta orang ramai supaya sedekahkan Al-Fatihah kepada ibunya.

Iqbal turut memberitahu bahawa dirinya dalam perjalanan menuju ke kampung halaman di Kelantan, bagi urusan pengebumian jenazah ibunya.

Minta maaf & ampun mewakili ibunya

Dia yang memuat naik video di Instagram turut dilihat tidak dapat menahan sebak, atas kehilangan insan tersayang.

Iqbal turut memberitahu bahawa dirinya perlu kuat dan tabah demi adik-adiknya yang seramai tujuh orang. Perjalanan Iqbal menuju ke Kota Bharu terpaksa menaiki kereta, kerana jadual penerbangan yang ada hanyalah pada waktu petang.

Bersama ibu tersayang…

Sumber : Iqbal Hakim