Sebiji kurma & air mineral untuk berbuka, pengorbanan polis trafik dipuji ramai!

Bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai polis trafik kerana sentiasa perlu memastikan lalu lintas dan keselamatan awam berjalan lancar.

Begitu dapat digambarkan apabila hanya sebotol air mineral dan sebiji kurma menjadi juadah berbuka puasa mereka demi memastikan keadaan lalu lintas terkawal, sekaligus memudahkan perjalanan pengguna jalan raya pulang ke destinasi masing-masing.

Nikmati juadah berbuka sebenar pada jam 9 malam selepas tamat bertugas

“Keadaan trafik pada Ramadan ini cepat sesak dan penyuraian trafik perlu dilakukan segera bagi mengelakkan kesesakan.

“Waktu puncak bermula jam 5.30 petang hingga jam 9 malam, disebabkan itu anggota dan pegawai bertugas hanya berbuka puasa di tepi jalan,” kata Peqawai Turus Kawalan Lalulintas Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Zamri Basiran.

Zamri juga menyatakan bahawa selama dua tahun bertugas di kawalan trafik, itu sudah menjadi perkara biasa dan ‘terpaksa’ berkorban berbuka bersama anggota lain di tepi jalan.

Posting tersebut ternyata menarik perhatian ramai yang rata-rata memuji tindakan anggota trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain mengucapkan terima kasih atas keprihatinan mereka.

Satu pengorbanan yang tak ternilai dengan wang ringgit…

Tanpa polis trafik mungkin banyak kemalangan di simpang & lampu isyarat

Sangat besar pengorbanan askar, bomba, polis & ramai lagi…

Inilah pengorbanan anggota polis trafik sepanjang Ramadhan

Sumber : Harian Metro