Tak lokek kongsi rezeki, Abam Bocey sedekah bubur lambuk percuma di bazar

Baru-baru ini, Abam Bocey  kelihatan telah berniaga aneka makanan goreng di Bazar Batu 8, Jalan Gombak bersama adiknya.

Apa yang menariknya, sempena bulan yang mulia ini, Abam turut berniat untuk memberikan bubur lambuk secara percuma sebagai salah satu ibadahnya.

Sedekah bubur sebagai tanda syukur bakal timang anak

Tambahnya, sudah menjadi satu kelaziman buat dirinya dan keluarga untuk menyediakan bubur lambuk yang kemudiannya akan diagihkan kepada masyarakat di sekitar situ setiap kali Ramadan menjelma.

“Tahun ini kami buat lebih sedikit sebagai sedekah jariah untuk anak saya yang bakal lahir Jun nanti. Selalunya kami masak 20 kilogram beras, tapi tahun ini kami tambahkan kepada 30 kilogram beras.”

Sedekah kepada semua tak kira bangsa dan agama


Bubur lambuk istimewanya akan diagihkan pada 22 Mei akan datang. Tambah Abam lagi, sesiapa saja boleh mengambilnya tanpa mengira bangsa dan agama.

Abam berkata, bubur lambuknya itu adalah hasil air tangannya dengan bantuan adik-beradik serta 10 orang ahli kelab peminatnya yang secara sukarela menawarkan bantuan.

Baik Abam, tak ‘action‘ macam artis lain

Rata-rata netizen memuji niat baik Abam yang sudi berkongsi kebahagiaan dan kesenangan bersama masyarakat di luar. Malah, ada yang turut mengagumi Abam kerana tidak segan untuk berniaga dan turun padang walaupun bergelar selebriti.

Dah la kelakar, baik pulak tu

Bagi bubur lambuk pun kelakar?

Nak serbu bawak 7 bas demi bubur Abam

Sumber: Harian Metro