Tegur penjual & pengunjung di bazaar, sikap ramah Alif Satar dipuji netizen!

Siapa tidak mengenali Alif Satar atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, selebriti versatil paling diminati ramai kerana bakat serta sikapnya yang peramah bersama orang sekeliling.

Baru-baru ini, selebriti itu sekali lagi menjadi perhatian ramai di laman Instagram miliknya apabila memuat naik video rakaman ketika berkunjung ke sebuah bazar Ramadan di Kampung Baru.

Namun lebih menarik apabila penyanyi lagu Sesungguhnya Aku itu kelihatan menegur beberapa penjual dengan begitu ramah selain turut membalas baik teguran pengunjung di situ.

Video rakaman Alif menegur pengunjung di bazaar ramadhan Kampung Baru

View this post on Instagram

yo yooo!!! korang KENA pergi bazaar ramadan Kg Kashless (kg baru😁).. satu-satunya tempat yang korang boleh beli makanan untuk berbuka dengan menggunakan TouchNGo E-wallet.. so, baru-baru ni Aleep baru pergi bawak band sekali gi shopping kat bazaar ramadhan… tapi TouchNGo style!! makanan kg baru jangan citer la bro… sedap gila babyyy!!🤤 NEW CONTENT IS UP ON MY YOUTUBE CHANNEL. boleh la tengok sambil menunggu untuk buka.. jangan terliur sudah. WARNING! GRAPHIC FOOD CONTENT. LINK ON MY BIO.💯 p/s youtube video kali ni featuring @syahrunizam @zatashah @aubrykl dan semua warga bazaar ramadhan kg baru!!💪🏽🔥🙏🏽💯 #kgkashless #touchngoewallet #halamansempoi @mytouchngo

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

Tambahan pula, Alif sempat bergurau senda dengan peminatnya ketika berada di sekitar bazar berkenaan dan membuatkan pelakon drama Red Velvet itu dipuji ramai melalui ruangan komen.

Sangat ramah lah Alif…

Terbukti memang semua rakyat Malaysia suka dekat Alif Satar

Sumber : Alif Satar