“Jagalah hubungan kasih sayang adik-beradik…” -Pesanan terakhir allahyarham buat 8 orang anak

Pemergian pengasas kosmetik terkenal, Puan Faziani Rohban sememangnya dirasaikan oleh seluruh kenalan dan netizen, apabila perginya dalam perjalanan melakukan kebaikan.

Menerusi laman Instagram allahyarham enam hari sebelum kemalangan, beliau telah menunaikan umrah bersama ahli keluarganya.

Muat naik menerusi foto-fotonya jelas menunjukkan raut wajahnya yang bersih dan polos tanpa sebarang solekan, dan beliau kerap memuat naik kapsyen motivasi dan keagamaan.

Posting tersebut telah mendapat perhatian netizen, yang terkesan dengan kehilangan pengasas kosmetik tersebut.

Hidup yang kita jalani adalah rangkaian…

Terima kasih Allah atas nikmatmu..

Pesanan buat anak2

Walau bagaimanapun semasa allahyarham ke Mekah, beliau ada meninggalkan pesanan buat anak-anaknya supaya sentiasa menjaga hubungan dengan Allah atas kasih sayang.

Saya selalu pesan pada semua anak2 …. Jaga lah kasih sayang….. Bila jaga hubungan kasih sayang dengan adik beradik dan keluarga… Sampai akhir hayat hidup akan bahagia.”

Enam hari lepas juga, pengasas D’nars ini ada berkongsiakan kisah tentang anak-anaknya. Walaupun dia mempunyai 4 orang anak kandung dan 4 orang anak tiri, namun menurutnya anak-anaknya sangat rapat dan terdidik dengan kasih sayang.

Kata-kata terakhirnya kepada anaknya adalah,

“Doa saya sampai akhir hayat kami tetap bersatu dan tiada siapa blh pisahkan kami kecuali takdir Allah.”

View this post on Instagram

Alhamdullilah selamat sampai Jeddah…✈️ dari Madinah Ke Jeddah… kejap lg nak buat Umrah. . . Ramai yg dm saya tanya berapa anak saya? Ramainya? Kenapa muka lain2 ? Anak siapa ni ?…. yes ini semua anak2 saya, semua 8org… anak saya 4 org dan anak tiri 4 org … tp dah 8 tahun kami tinggal bersama, sebumbung setiap hari selama 8 tahun dan mereka berlapan semua tidak pernah berpisah sesama mereka dan juga dgn kami suami isteri wlpun 1 malam , kecuali hari yg kami outstation (kami yg tinggal mereka kejap2)… 100% 8 tahun dibawah didikan dan jagaan saya & suami , sy bukan lg ibu tiri pd mereka tp dah mcm ibu kandung mereka…begitu juga dgn anak2 saya…Suami saya adalah umpama Papa Kandung mereka bkn lg Papa tiri…semua suami yg uruskan dan anak2 lbh rapat dgn kami berdua. . . Mereka tidak pernah bermasam muka, dengki, bergaduh atau tidak bercakap… dr kecil mereka rapat dan saling sayang menyayang… tak blh berpisah dan tak blh tiada salah seorg di antara mereka. Kami didik mereka dgn KASIH SAYANG , selalu saya pesan sayangilah sesama sendiri sampai akhir hayat. . . Rahsia mereka tak bergaduh ??? Saya sendiri tiada jawapan yg tepat…semua ketentuan Allah SWT … yg penting adaah KEIKHLASAN HATI… pd kami suami isteri didikan dan kasih syg yg ADIL adalah resepi KEBAHAGIAAN KAMI❤️. . . Doa saya sampai akhir hayat kami tetap bersatu dan tiada siapa blh pisahkan kami kecuali takdir Allah.

A post shared by Faziani Rohban (@faziani_rohban) on

Saya perasan raut wajah arwah lain…

Namun menurut rakan seperjuangan allahyarham, Dato’ Seri Vida dia turut menyedari raut wajah pengasas D’nars tersebut kelihatan lain sekali selepas pulang dari mengerjakan umrah.

Dato’ Seri Vida juga telah memuat naik video, terkesan dengan pemergian rakan baiknya itu

View this post on Instagram

Masih terkejut.. Macam tak percaya.. Sekelip mata.. Menggigil tubuh saya dapat mesej.. Dinars dah meninggal.. . . ARWAH FAZIANI.@faziani_rohban . RAKAN SEPERJUANGAN PERNIAGAAN Kematian yg dicemburui.. Bulan baik.. bulan ramadhan.. Dalam perjalanan hantar zakat utk anak yatim.. Baru balik umrah.. Seorang yg kuat beribadat. Selalu pergi umrahh.. Saya sendiri jeles dgn arwah tak putus putus berjuang buat amal ibadat.. MALAH SY BILA KE MEKAH..AKAN IKUT CARA ARWAH YG MMG PULUNG BUAT UMRAH BERKALI KALI SEHARI.. . . BARU BARU NI.. Saya perasan wajah arwah lain .. Masa dok up up gambar kat IG.. Sya buat terjemahan sendiri.. Bagai bagai..bila rasa lain raut wajahnya . . Selepas balik dari umrah 3 hari.. Kejar ibadat lagi.. . Sayuu.. 😭 Allah yg tahu.. Last bertemu dan bersembang panjang kat Tanah Merah ..rumah kak Ti masyrik.. . . ALLAH SAYANG ARWAH.. SEORANG YG BERHATI MULIA.. SYURGA MENANTI MU SAHABAT.. Mari sama2 kita sedekahkan al fatihah kpd arwah.. . Al Fatihah .

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Saya perasan wajah arwah lain ..Masa dok up up gambar kat IG.. Rasa buat terjemahan sendiri.. Selepas balik dari umrah 3 hari.. Kejar ibadat lagi..

Sumber : Faziani, DSV