“Rindu arwah abah…” – Allahyarham terkenang arwah bapa seminggu sebelum kemalangan

Baru sahaja pulang daripada mengerjakan Umrah, Puan Faziani Rohban telah pergi ke Pattani, Thailand bagi memberi sumbangan zakat kepada anak-anak tahfiz disana.

Namun, Allah S.W.T lebih menyayangi pengasas kosmetik Dnars Skincare itu  apabila maut semasa dalam perjalanan melakukan kebaikan pagi tadi.

Rindu arwah bapa

Menerusi Instagram pengasas kosmetik itu pada minggu lepas, beliau ada menzahirkan rasa rindunya terhadap arwah bapanya yang telah meninggal dunia. Posting tersebut dibuat semasa sedang menunaikan Umrah  bersama keluarga.

Tambahnya lagi, setiap kali Ramadan, hanya kerinduan yang dirasai kerana terlalu memikirkan arwah bapanya.

“Rindu Arwah Abah… kerinduan yg sgt sakit.” 

“Rindu tiada ubat hanya Al-Fatihah pengubat kerinduan ini.”

Bapa telah meninggal dunia pada 2010

Bapa kepada Allayarham telah kembali kerahmatullah pada tahun 2010 disebabkan beberapa komplikasi penyakit. Walau bagaimanapun, Puan Faziani sempat memberikan sedikit pesanan kepada para pembaca supaya menghargai dan menyayangi kedua orang tua.

“Hargai, sayangi dan luangkan masa dgn ibubapa ketika dia masih ada.”

 

Pagi tadi, media telah melaporkan bahawa kenderaan yang dinaiki Faziani dan suami terbabit dalam kemalangan yang melibatkan kereta dan sebuah lori. Beliau didapati meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya mengalami kecederaan.

Sumber : Faziani Rohban