Sangkut ansuran 5 bulan, pemilik Honda City sembur ubat nyamuk pada penarik kereta

Sudah menjadi satu penyakit dalam kalangan orang kita kalau bercakap soal hutang, ramai diantara kita pasti berdepan dengan golongan yang liat membayar hutang.

Baru-baru ini telah tular beberapa video mengenai seorang wanita yang bertindak menjerit dan menuduh dua orang penarik kereta sebagai perogol, selepas mereka cuba untuk menarik kereta jenis Honda City miliknya.

Pakai Honda, hutang tak bayar…

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Benjamin Al Shariff, dua orang lelaki tersebut diarahkan untuk mengambil kereta wanita terbabit

Wanita tersebut yang enggan memberi kerjasama telah menjerit dengan kuat sehingga menarik perhatian orang awam yang berada di sekitar, sebelum bertindak melarikan diri.

https://web.facebook.com/benjaminalshaiff/videos/2291682410888138/

https://web.facebook.com/benjaminalshaiff/videos/2291683850887994/

Sembur dengan ubat nyamuk

Bukan sahaja dia bertindak menjerit dan menuduh dua orang penarik kereta sebaga perogol, malah wanita itu juga menggunakan penyembur nyamuk untuk mengusir lelaki yang cuba menarik keretanya.

5 Bulan tak bayar tunggakan…

Difahamkan, wanita tersebut telah lima bulan tidak membayar wang tunggakan kereta yang terakhir dibayar pada bulan Februari, menyebabka keretanya terpaksa ditarik oleh pihak bank.

Kalau tak mampu pakai viva jela kak…

Disebabkan sikap wanita tersebut, dia telah menerima kecaman ramai kerana disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dalam melangsaikan hutang ditambah pula dengan sikapnya yang biadap terhadap dua orang penarik kereta itu.

Bertabah la bang repo dalam mencari rezeki…

Ingat orang pakai kereta H ni kaya sangat…

Oleh itu beringatlah kita, beli ikut kemampuan jangan hanya nak kelihatan hebat, hidup pula dibelengu dengan hutang keliling pinggang.

Sumber : Benjamin Al Sharif