Buat kejutan untuk suami, peminat sebak Fasha Sandha umum hamil 3 minggu!

Setelah hampir dua bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Fasha Sandha membuat kejutan untuk suaminya, Aidil Aziz yang memberitahu dirinya kini sedang berbadan dua.

Aktor itu memuat naik sebuah rakaman video laman Instagram miliknya kelihatan terharu dengan kejutan tersebut selepas mengetahui isterinya sudah mengandung.

Menerusi laporan Harian Metro, Fasha berkata kandungannya sudah mencecah usia 3 minggu namun masih belum berkesempatan bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

“Waktu itu fikir mungkin tersalah makan, bagaimanapun kitaran haid lewat membuatkan saya mengesyaki sedang berbadan dua.

“Perasaan semakin kuat mengatakan saya mengandung apabila pagi tadi berasa ada sesuatu bergerak di bahagian peranakan.

Saya terus melakukan ujian menggunakan alat ujian kehamilan. Ternyata ia positif,” katanya.

Posting berkenaan mengundang perhatian peminat dan netizen dengan dihujani ucapan tahniah serta turut tumpang gembira buat pasangan yang bakal menimang cahaya mata itu.

Sumber : Aidil Aziz , Harian Metro