Tak sedar terlelap semasa memandu, suami pengasas Dnars cerita punca kemalangan sebenar

Pemergian Allahyarham Puan Faziani Rohban Ahmad, 40, yang juga merupakan pengasas kepada produk kosmetik Dnar’s Skincare benar-benar mengejutkan Tanah Air. Beliau telah maut dalam kemalangan kereta di Pattani , Thailand semasa dalam perjalanan untuk memberi sumbangan zakat kepada anak-anak tahfiz di sana.

Menerusi temu bual Sinar Harian  dengan suami kepada allahyarham, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, beliau memaklumkan berasa mengantuk semasa memandu dan sempat terlelap di lampu isyarat. Disebabkan rasa mengantuk yang tidak dapat ditahan, beliau bercadang untuk singgah ke RnR sebentar.

Namun, semasa dalam perjalanan ke RnR, Ahmad Shah seakan terlelap dalam sesaat dua dan dikejutkan oleh arwah. Tanpa disangka tiba-tiba dia sudah pun melanggar belakang sebuah lori.

Suasana di Tanah Perkuburan Kampung Kedemit, Tumpat, lokasi jenazah Allahyarhamah pengasas produk kecantikan Dnars Skincare Faziani Rohban Ahmad disemadikan malam ini. Lapor Sinar Harian Kelantan ZAIMATULJUWITA AB MANAF ROHANA ISMAIL

Posted by Sinar Harian Edisi Kelantan on Saturday, May 18, 2019

Kenyataan itu dapat didengari menerusi rakaman video bersama arwah suami Faziani  pada minit ke empat temu bual tersebut.

Ahmad Shah turut menambah, kebiasaannya kereta tersebut dipandu oleh pemandunya, namun pada hari tersebut dia telah mengambil keputusan memandu sendiri memandangkan isteri pemandunya bersalin.

Jenazah Allahyarham Faziani Rohban telah selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kedemit, Tumpat, Kelantan pada hari Sabtu yang lepas. Semoga roh beliau ditepatkan dalam kalangan orang beriman.

 

Sumber : Sinar Harian Edisi Kelantan