“Anak Yatim Sampai Pukul 4, VIP Sampai 6.30, Siapa Raikan Siapa?” – Sufian Suhaimi

Tiba saja bulan puasa, golongan yang akan diberi keutamaan sudah tentunya anak-anak yatim.

Ketika inilah ramai pihak khususnya individu orang kenamaan (VIP) berebut-rebut untuk meraikan anak-anak yatim menerusi majlis berbuka puasa.

Namun, satu perkara yang menjadi perbincangan setiap kali majlis ini diadakan adalah layanan terhadap mereka.

Adakah mereka benar-benar diraikan? Mana adab kita dalam melayan anak-anak yatim..? 

Benar kita popular di mata masyarakat terutama sekali dalam Malaysia. Tetapi, sedarkah kita.. Anak-anak yatim ini lebih mulia & mampu menarik kita ke syurga!

Isu ini juga telah menarik perhatian penyanyi Sufian Suhami menerusi satu perkongsian di akaun Twitternya.

Menurut Sufian, jika anak yatim tiba di majlis lebih awal daripada golongam VIP, siapa sebenarnya yang diraikan?

“Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim.

Anak yatim sampai pukul 4, tunggu sampai berbuka.

VIP sampai 6.30, ambil gambar sampai berbuka.

“Siapa raikan siapa?,” katanya.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

Anak yatim sampai pukul 4, tunggu sampai berbuka. VIP sampai 6.30, ambil gambar sampai berbuka.

Rata-rata warganet dilihat bersetuju dengan pendapat berkenaan. Kebanyakkan diantara mereka merasakan jurang layanan antara VIP dan anak yatim pada setiap majlis rasmi harus dikurangkan.

Ini antara reaksi dan komen warganet di Twitter:

Belum sampai bab makanan vvip terhidang atas meja, yg anak yatim beratur panjangggg nak ambik makann

— Mawi (@Soyaloverissa) May 20, 2019
Yaaaa perkara ini masih berlaku smpai sekarang hurm tiba2 teringat majlis buka puasa kat sek , makanan x cukup utk pelajar , VIP punya ramai jemput beria lagi , alih2 boleh bilang dgn jari je berapa ramai yg dtglast2 cikgu suruh pelajar yg takde makanan mkn kt tmpat VIP

— Atiqah (@atiqahromzi20) May 20, 2019
Ok my abang buat majlis anak yatim every year, 1 majlis 3 bas anak yatim. Kami standby 20 org utk serve every meja. Mknn dh terhidang khas utk mereka. Yg still ada mak bapak sila ambik sendiri

— Medicca  (@NNynalaraa) May 20, 2019

Sumber : Astrogmpak