Selepas Lima Hari Bella Diceraikan, Akhirnya Nismell Dedah Sesuatu Pasal Hubungannya Dengan Aliff Aziz

” Sumpah demi Allah, Aliff tidak ada buat apa-apa dengan saya. Kami sekadar mengambil gambar di sebuah parti. Ramai lagi gadis pada waktu itu.”

Itu penegasan Nismell, gadis berusia 16 tahun yang menjadi bahan kecaman dan kritikan netizen apabila gambar tidak senonohnya bersama pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz tular.

Nismell secara eksklusif kepada Utusan Online berkata, dia berkongsi foto tersebut kepada kawannya namun, tidak menyangka sama sekali gambar tersebut tular sehingga mencetuskan kontroversi.

Jelas Nismell juga, hubungannya dengan Aliff hanyalah sekadar sebagai tetamu di parti tersebut dan dia tidak langsung berhubungan secara terus selepas itu.

“ Sedih sangat bila orang kutuk dan kecam. Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya. Tak tahu hendak mengadu kepada siapa. Keluarga? Mereka pun seperti tidak mahu ambil tahu.

“ Saya cuba untuk berubah, tapi bila kena kecam macam itu saya terlalu tertekan. Tak berhenti menangis. Masyarakat tak faham. Tanya tuan badan sebelum bercakap,” katanya dengan nada sebak.

Dalam pada itu, Nismell secara ikhlas memohon maaf kepada bekas isteri Aliff, Bella Astillah sekiranya kontroversi tersebut menyebabkan hubungan mereka semakin retak dan akhirnya berpisah.

“ Saya ada menghantar pesanan kepada Bella di Instagram, tapi dia tak baca lagi. Saya tahu Aliff suami orang, takkan saya nak buat benda tak elok dengan dia. Bella, saya minta maaf. Saya sekadar bergambar sahaja,” katanya.

Terdahulu Aliff Aziz akhirnya melafaz cerai talak satu terhadap Bella di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Khamis lalu.

Sepanjang prosiding berlangsung, pelakon dan penyanyi yang dilihat menangis itu turut bersalaman dengan Bella sebelum melafazkan cerai pada jam 3.45 petang.

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah selaku plaintif memfailkan permohonan cerai pada 21 Mac lalu adalah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) Kuala Lumpur 1984, iaitu perceraian secara baik.

Izzat mengarahkan defendan (Aliff Aziz) supaya membayar nafkah kepada anak tunggal mereka berusia dua tahun sebanyak RM1,000 setiap bulan ke akaun bank milik Bella bermula Mei ini.

Beliau turut memberi peringatan supaya pasangan itu memberi perhatian kepada anak mereka, Muhammad Ayden, dua tahun.

“ Kamu sudah berkahwin dan dikurniakan seorang anak. Kamu perlu beri perhatian kepada anak itu. Jangan sebut keburukan masing-masing di hadapan anak,” katanya.

Terdahulu, ketika disoal Izzat alasan bercerai, Bella memberitahu tiada lagi persefahaman antara mereka dan tidak tinggal bersama lebih tiga bulan lalu.

Sumber: utusan