Neelofa dikecam tanya soalan sensitif pada Bella

Sebut sahaja nama Bella Astillah, pasti ramai yang mengenangkan kisah pergolakan rumah tangganya bersama penyanyi Aliff Aziz, yang telah beberapa kali berlaku curang sehingga membawa kepada penceraian. Sungguhpun begitu, Bella yang kini bergelar ibu tunggal dilihat sangat tenang dan tidak menjadikan dugaan yang dihadapi pematah semangat untuk meneruskan kehidupan dan kerjayanya dalam bidang seni.

Baru-baru ini Bella dan anaknya Ayden, telah dijemput ke set rancangan temubual MeleTop sebagai tetamu khas bagi berkongsi perancangan masa depan selepas berpisah dengan Aliff. Masih lagi tidak boleh lari dengan kes mengenai bekas suaminya, Bella telah disoal Neelofa mengenai isu kecurangan Aliff yang membuatkan ibu muda itu hampir tidak menjawab soalan tersebut.

Menceritakan mengenai pahit getir yang dialami Bella, pengacaranya Nabil Ahmad sempat meluahkan rasa kagum dengan kesabaran dan ketabahan hati wanita itu.

Soalan sensitif yang diajukan itu turut membuatkan netizen berasa kurang senang, bagi mereka hati Bella sudah cukup terluka dan tidak seharusnya pihak MeleTop mengajukan soalan yang seperti itu. Mungkin sudah ditugaskan sebagai pengacara untuk bertanyakan soalan sensasi, diharap Bella akan terus kuat dan tabah menjalani kehidupan barunya.

Sumber : MeleTop