“Saya Mungkin Boleh Tapi Not My Wife” – Terpalit Isu Aliff Aziz, Aliff Satar Kesal Dengan Komen Netizen!

Selebriti popular, Alif Satar kesal dengan sikap sesetengah netizen yang masih degil meninggalkan komen keterlaluan berkaitan isv rumah tangga Aliff Aziz yang berlaku baru-baru ini. Seperti isv kecvrangan Aliff Aziz sebelum ini, masih terdapat netizen yang keliru dan menganggap Alif Satar yang berlaku cvrang terhadap isterinya. Menurut Aliff, biarpun komen yang diberikan oleh netizen itu mungkin dianggap sebagai gurauan, namun ia adakalanya agak keterlaluan dan bersifat peribadi.

“Gambar yang saya muat naik sebelum ini adalah sebagai reaksi terhadap komen sesetengah netizen. Saya boleh agak netizen akan serang Instagram saya. “Mungkin niat mereka nak bergurau tapi kalau dah sampai ke laman Facebook isteri saya pun mereka ser4ng, bagi saya itu dah mel4mpau. “Netizen perlu sedar tidak semua boleh terima gurauan kasar sebegitu, apatah lagi membabit hal rumah tangga orang. Saya mungkin boleh tapi not my wife la,” katanya.

Menurutnya, kebanyakkan komen diterima di instragramnya juga berbentuk nakal dan berbaur penghlnaan.

“Ada yang komen tak reti jaga bini, ada yang gelar saya b0d0h sebab cvrang, benda macam ni la saya terima apabila ada yang keliru antara saya dan Aliff Aziz. “Kalau dua tiga boleh lagi tapi bila dah 9,000 komen siapa boleh tahan,” katanya.

Menjelaskan hubungannya dengan Aliff Aziz, Alif Satar memberitahu yang dia tiada masalah dengan selebriti tersebut, malah mereka pernah rapat ketika mula menempa nama dalam industri satu ketika dulu.

“Ramai tak tahu saya dan Aliff Aziz sebenarnya rapat sebab kami di bawah satu label. Malah saya pernah rekod lagu raya sekali dengan Aliff Aziz.

View this post on Instagram

🤦🏽‍♂️

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

“Dengan keluarganya juga saya rapat, namun siapalah saya nak komen tentang hal rumah tangga orang, Allah SWT duga orang berbeza, kita punya pun tak tahu lagi.

“Saya tidak b3nci Aliff Aziz, tetapi saya b3nci apa yang dia lakukan itu saja,” katanya ketika ditemui pada majlis amal Sinar Ramadan di Marina Putrajaya, baru-baru ini.

Majlis amal berkenaan dianjurkan bagi mengumpul dana bagi Komuniti Intervensi D4dah Malaysia (KOMITED Malaysia) dalam membantu golongan yang terjejas akibat salah laku d@dah.

VIDEO :

Sumber: Instagram Aliff Satar via Gempak