Ameera Khan Kini Menyulam Cinta Dengan Anak Wakil Rakyat? Fuhh, Bukan Calang-calang Orangnya..

Adik kepada pengacara dan pelakon popular, Neelofa iaitu Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan kini dikatakan bercinta dengan anak kepada seorang wakil rakyat.

Menerusi satu instastory, Ameera dilihat memuat naik beberapa keping gambar dia dan jejaka menyambut ulang tahun kelahiran masing-masing.

Malah, menerusi gambar di instastory itu juga, kelihatan aksi mesra jejaka berkenaan yang menggunakan nama @anwarazeez menyuap kek kepada Ameera dan turut tertera ucapan ‘Happy Birthday Love’.

Menerusi carian yang dibuat, didapati bahawa @anwarazeez atau Mohd Khairul Anwar adalah anak kepada Ahli Parlimen Baling iaitu Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Bagaimanapun, percubaan untuk melihat gambar-gambar yang dimuat naik di akaun instagram @anwarazeez tidak berjaya memandangkan tiada sebarang gambar yang dimuat naik.

Sebelum ini, Ameera pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Suhail Zulhasnan yang merupakan anak kepada bekas wakil rakyat Parlimen Setiawangsa iaitu Tan Sri Zulhasnan Rafique.

Namun begitu, hubungan cinta antara Ameera dan Suhail sudah berakhir sejak Mei lalu. 

“Dah Boleh Jadi  Mama Tu..” – Jadi Babysiter Jebat Jayden, Ameera Khan Tayang Sifat Keibuannya

Sejak daripada lahir lagi, perkembangan anak sulung kepada pasangan Sharnaaz Ahmad dan juga Nabila, Jebat Jayden sentiasa menjadi perhatian pengikutnya.

Anak saudara kepada ikon fesyen, Neelofa itu bukan sahaja terkenal dengan gelagat comelnya malah sudah pun memiliki akaun Instagram peribadi yang dibuka oleh bapanya sendiri.

Terkini, Nabila telah memuat naik sebuah foto anaknya yang sedang minum susu botol sambil dipangku oleh adiknya, Little Miss Khan dengan kapsyen “hari ni babysitter Jayden cuti”.

Rambut serabai pun still cantik…

Menerusi foto tersebut, kecantikan semula jadi yang dimiliki oleh adik bongsu Nabila itu telah menjadi perhatian pengikutnya meskipun hanya berpakaian santai dengan rambut yang tidak terurus.

Rata-rata, ramai yang memuji keayuan gadis berusia 18 tahun itu meskipun tanpa secalit solekan di wajahnya.

Wahhh, dah boleh jadi mama ni…

Tidak kurang pula, terdapat juga netizen yang mencadangkan agar LMK cepat-cepat mendirikan rumah tangga memandangkan pengasas LMK Cosmetic tersebut juga dilihat sudah pun pandai menguruskan bayi.

Kehadiran Jayden sejak 30 Ogos yang lalu itu dianggap menjadi penyeri kepada rumah tangga Sharnaaz dan juga Nabila.

Selain daripada itu, Sharnaaz juga pernah mengakui salah satu sebab pengikut instagram Jayden meningkat dengan mendadak adalah disebabkan oleh kepopularitian ibu saudaranya, Neelofa. Alahai, beruntungnya Jayden mempunyai ibu saudara yang cantik-cantik, kan.

Sumber  : KopiPlanet via MediaOhsem