‘Dia Hanya Lepaskan Tangan Tak Lebih 5 Saat’ – Izara Dedah Sikap Adib Khalid Yang Romantik!

Bagi korang yang tengah single mingle ni, mesti gigit jari je kan tengok pasangan romantis kat luar sana bermesra-mesraan. Tambah-tambah pulak kalau dorang tu artis. Dahlah sama-sama lawa, memang makan hati je kalau tengok gambar dorang sweet-sweet sesama pasangan.

Selain Fattzura, pasangan Izara Aishah dan suaminya, Adib Khalid juga sering dapat perhatian media. Baru-baru ni, netizen muat naik gambar ‘kencing manis’ Izara dengan suami kat Twitter.

Menerusi laman Instagram, Izara Aishah mendedahkan sikap Adib Khalid yang ramai tak tahu. Wah sweetnya!

Dia akan lepaskan saya tak lebih dari 5 saat

Di Instagram, Izara memuat naik beberapa keping gambar romantis bersama kapsyen yang sangat sweet. Menurut Izara, Adib hanya akan melepaskan tangannya 5 saat sahaja untuk memberi peluang kepada Izara mengambil gambar OOTD. Alahai sweet betul! Korang tengoklah sendiri betapa manjanya mereka berdua ini.

Sikap Adib yang penyayang sangat dengan isterinya ni buat ramai netizen jeles sebab ke mana je dorang pergi, tangan Adib dengan Izara ni sentiasa berpimpin. Awwww!

Haa kiranya tak lepas-lepas tanganlah walaupun Izara nak bergambar ke, sembang dengan kawan dia ke… Tangan Adib tetap genggam tangan Izara erat-erat! Wuuu heart attack admin kalau dapat suami gini…

Macam manapun, ada netizen cakap bukan Adib yang tak nak lepas tangan Izara, tapi Izara yang sebenarnya tak nak lepas tangan Adib. Eh ye ke? Dorang siap screenshot lagi. 

Tak cukup dengan tu, ada jugak yang kata Adib caring dan sayang dengan isteri dia sebab Izara tu cantik orangnya. Tapi kalau rupa biasa-biasa, maybe tak adalah macam ni kot. Ish pepandai je korang ni kan…

Walau macam manapun, ramai yang still backup Izara dengan husband dia dan kata pasangan ni memang dah macam ni sejak dari zaman couple lagi. Netizen memang inspired gilalah dengan pasangan suami isteri ni.

Awww admin pun nak suami sweet macam ni lah! Untung Izara dapat Adib yang sayang giler dengan dia. 

Sumber : lobakmerah