“Ejen Kereta Kena Sembur Racun Serangga” Ini Luahan Sebenar Wanita Itu Buat Ramai Terkedu

Beberapa hari yang lepas viral di media sosial video  seorang wanita sembur racun serangga pada ejen penarik kereta dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Langkawi. Pelbagai versi cerita timbul berkenaan video tersebut yang rata-rata mengecam tindakan wanita itu yang didakwa gagal menjelaskan bayaran ansuran kereta Honda dalam tempoh 5 bulan.

Namun ada juga yang memihak kepada wanita itu dan mendakwa ejen tersebut berlaku kasar sehingga menyebabkan wanita tersebut berbuat demikian.

Jadi siapa yang betul dan siapa yang harus dipersalahkan dalam isu ni?

“Saya faham tapi la ni saya mintak masa sikit, tolong….”

Mungkin korang terlepas pandang video yang satu ni, dikongsikan pemilik facebook D’Ben Al Syariff ni.

Dengar betul-betul dan nilaikan sendiri okay.

Katanya Abang repo berkasar dengan dia , korang nilaikanlah sendiri Sapa kaki spin sebenarnya..

Posted by D'Ben Al Shariff on Monday, May 20, 2019

Sejak video ni dimuatnaik semalam, posting ini telah mendapat lebih 2.1k shares dan 1.4k likes di facebook.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang

sumber : lobak merah