Gambar perang di Syria meruntun sanubari, Anak kelaparan disumbat jari,

Luluh hati apabila setiap kali mendengar berita mengenai rakyat Syria yang berterusan hidup dalam konflik dan kesengsaraan akibat perang saudara.

Negara-negara kuasa besar pula tidak mahu memberikan sebarang bantuan atau pertolongan, sebaliknya berebut-rebut ingin melihat Syria hancur menyembah bumi.

Baru-baru ini, Syria Care memuat naik sekeping gambar di laman Facebook mereka yang kelihatan seorang wanita, Heba Amouri meriba anaknya yang berusia dua bulan.

Lebih menyayat hati apabila wanita tersebut meletakkan jarinya ke dalam mulut anaknya itu bagi mengelakkan bayi tersebut menangis akibat kelaparan.

“Dua lagi anaknya terbunuh dalam pengeboman besar-besaran tentera regim Bashar al Assad ke atas Timur Ghoutah pada awal tahun lalu,”

Walaupun dirakam pada tahun lalu, namun gambar berkenaan berjaya mengundang emosi dan menyentuh hati bagi sesiapa sahaja yang melihatnya.

Sumber : Syria Care