“Patutlah Tak Nak Bertudung Muka Tua Habis” – Kongsi Foto Terbaru, Netizen Tidak Puas Hati Dengan Penampilan Bertudung Ernie Zakrie

Penyanyi Ernie Zakrie telah memuat naik sekeping foto di akaun Instagram (IG) menerusi sebuah entri.

Foto tersebut menunjukkan Ernie mengenakan tudung berwarna kelabu gelap beserta kapsyen mengucapkan selamat berpuasa.

View this post on Instagram

Camat berpuacew 💗

A post shared by @ erniezakri on

Namun foto tersebut menjadi perhatian seorang netizen yang bernama Yusof Kasbani.

“Patutlah tak nak bertudung, muka tua habis,” tulis netizen tersebut.

Ernie tidak berdiam diri malah terus menjawab.

“Saya tengah lapar ni, lebih baik bulan puasa ni kita tak payah cakap apa-apa kalau takda faedah. Salam Ramadan,” tulisnya.

Rata-rata pengikut Ernie turut tidak berpuas hati dengan kata-kata kesat yang telah dilemparkan.

Ernie mula aktif di industri hiburan pada tahun 2009 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Sumber : Gempak