Susulan Seorang Maaut Bas Terbabas. Saksi Dedah Kejadian Sebenar, Sempat Jerit Kepada Pemandu “Berhenti”

Bas henti-henti yang terlibat dalam kemal4ngan di Jalan Kuala Klawang – Seremban petang tadi didakwa dipandu laju semasa menuruni laluan di Bukit Tangga di sini. Salah seorang penumpang yang enggan dikenali mendakwa, bas tersebut juga memotong beberapa kenderaan lain sebelum kemal4ngan itu. Pelajar perempuan Kolej Vokasional Kuala Klawang itu berkata, dia yang duduk di bahagian sebelah kanan bas cemas apabila menyedari kenderaan itu terbabas lalu menjerit meminta pemandu menghentikan kenderaan

“ Bagaimanapun bas terbalik. Saya dan rakan-rakan yang cedera kemudian berjaya keluar melalui tingkap bas,” katanya ketika ditemui di Hospital Jelebu di sini hari ini.

Seorang lagi mngsa, Mohamad Alimi Lutfi Azimi, 15, berkata, dia yang duduk di bahagian tengah bas menundukkan kepala apabila menyedari bas itu gagal dikawal. Pelajar Maktab Rendah Sains Mara Kuala Klawang itu berkata, apabila bas dalam keadaan terbalik, dia merangkak keluar melalui pintu kecemasan di bahagian belakang bas.

“ Ketika itu saya terfikir untuk keluar dengan cepat kerana bimbang kenderaan itu terbakar atau melet0p,” katanya.

Dalam pada itu polis mengesahkan cuma seorang penumpang m4ut dalam kemal4ngan melibatkan sebuah bas henti-henti di Jalan Kuala Klawang – Seremban dekat Bukit Tangga di sini petang tadi. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, seramai 20 penumpang cedera dan kecederaan mereka belum dapat dapat dipastikan.

“ Siasatan lanjut diteruskan dan maklumat penuh akan menyusul,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu berdasarkan maklumat awam, Utusan Online melaporkan dua pelajar m4ut dalam kemal4ngan pada pukul 4 petang itu. Seorang pelajar Kolej Vokasional Kuala Klawang m4ut manakala lebih 27 penumpang cedera selepas sebuah bas terbabas di Jalan Kuala Klawang-Seremban dekat Bukit Tangga di sini petang tadi.

Difahamkan kebanyakan penumpang merupakan pelajar yang mula bercuti dan dalam perjalanan ke Seremban. Kemal4ngan turut melibatkan sebuah kenderaan lain. Sementara itu, hasrat dua pelajar Kolej Vokasional Kuala Klawang untuk berbuka bersama tidak kesampaian apabila salah seorang daripada mereka m4ut dalam kemal4ngan bas di Jalan Kuala Klawang – Seremban dekat Bukit Tangga di sini hari ini. Menurut Mohamad Nazhan Mohd. Nazhari, 17, dia dan rakan karibnya, Allahyarham Muhammad Firdaus Shahrul Azam merancang untuk berbuka di kampung mereka di Kuala Selangor petang ini.

“ Kami sama-sama naik bas dari kolej di Kuala Klawang menuju ke Seremban untuk balik ke Kuala Selangor selepas selesai peperiksaan semester. Ketika kejadian saya duduk di tempat duduk bahagian tengah manakala dia di depan di sebelah kiri pemandu.

“ Saya tak sangka dia m4ut dalam kemal4ngan ini. Saya sedih sebab kami sudah berjanji untuk berbuka apabila sampai di Kuala Selangor nanti,” katanya ketika ditemui di Hospital Jelebu di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, Muhammad Firdaus meninggal dunia manakala 20 penumpang lain cedera selepas bas henti-henti yang menuju ke Seremban itu terbabas lalu terbalik di Jalan Klawang – Seremban dekat Bukit Tangga di sini. Menceritakan detik-detik kemal4ngan itu, Mohamad Nazhan berkata, apabila menyedari bas itu seolah-olah gagal dikawal, dia terdengar beberapa penumpang lain menjerit ketakutan. Ujarnya, dia hanya memejamkan matanya apabila mendapati kenderaan berkenaan terbabas.

“ Apabila saya buka mata, saya dapati bas sudah terbalik dan nampak beberapa penumpang cedera,” katanya.

Sumber: utusan