TMJ Kongsi Rakaman Mukhriz Tidak Bersalam Dengan Sultan Johor

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini berkongsi video yang memaparkan Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir tidak bersalaman dengan ayahandanya, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. TMJ bagaimanapun tidak mengulas kejadian itu secara langsung tetapi hanya meletakkan lambang isyarat tangan seperti sedang menyembah. Dalam video 14 saat itu, Mukhriz dilihat hanya menyembah sultan Johor tetapi berlalu tanpa menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan baginda.

Mukhriz bagaimanapun dilihat bersalaman dengan pihak lain dalam barisan sultan-sultan dan kerabat selepas itu. Beberapa minit sebelum berkongsi video itu, Tunku Ismail terlebih dahulu berkongsi gambar baginda dan ayahandanya yang bersalaman dengan Mahathir. Hubungan Mahathir dan istana Johor sebelum ini tegang, antaranya menjelang pemilihan menteri besar dan isu Statut Rom yang kemudian menyebabkan Malaysia menarik diri.

Malaysiakini telah menghubungi Mukhriz dan sedang menunggu penjelasannya berkaitan perkara itu. Dalam status lain di Twitter, TMJ turut memuat naik status berikut sambil berkongsi gambar beliau bersalaman dengan Tun M.

” DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYAM Tunku Mahkota Johor berangkat tiba di Istana Abu Bakar, Pekan bagi memberikan penghormatan terakhir kepada KDYMM Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar..”

Sementara itu mejengah ruangan komen, bukan sahaja dikalangan rakyat Johor malah ramai netizen dari Kedah turut tidak bersetuju dengan apa yang mereka lihat itu.

Berikut adalah rakaman video:

Posted by Hamizura Osman on Thursday, May 23, 2019

Sementara itu rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindak Mukhriz dan meminta mereka mengenepikan perbezaan pendapat buat sementara bagi menghormati majlis dan di bulan mulia ini.

” Laju je cross TMJ dan sultan Johor. dia segan nak salam tu. sebab banyak salah kat tuanku. rasa malu

” Seharusnya kita kena saling hormat menghormati . Even tmj ada isu dgn tun m , tmj tetap salam dan profesional

” May Allah forgive him for whatever reason behind his action. And may we follow the good examples shown by our beloved Prophet Muhammad PBUH by loving our fellow Muslim brothers and sisters regardless of their actions against us. Its high time for us to unite.

Admin doakan pihak TMJ dan Tun M serta Mukhriz segera perbaiki hubungan demi kesejahteraan rakyat dan agama Islam khususnya.

Sumber: malaysiakini