“Aku Pindah Rumah,Barang Sikit Dan Minta Lori Satu Tan Tapi Sampai Lima Tan Punya Lori’ Ini Kejadian Berlaku Kat Aku

Aku Sudah Terkena,Peringatan buat diri sendiri dan rakan-rakan di luar sana: Hari ni aku pindah rumah. Perancangan awal aku nak sewa lori 1 tan je,dah deal pun dgn owner lori harga rm 150.
Perbualan aku dengan owner lori sampai 2 atau 3 kali aku call nak confirm kan betul ke harga rm150  siap 2 org pekerja angkat barang dan jarak dari rumah lama ke rumah nak pindah tak sampai 20 minit pun dan owner lori confirm cakap harga memang rm150.

So aku confirmlah ambil lori 1 tan dgn harga 150. Sekali bila lori sampai aku tengok lori nya 5tan dan barang-barang aku tak penuh pun dlm lori 5 tan. Bila pekerja dia sampai-sampai terus angkat barang ,bila dah siap angkat barang semua aku tengok diaorang susun seolah-olah nak bagi penuh kan satu lori tu padahal barang-barang besar cuma peti sejuk, mesin basuh, meja makan 4 kerusi, dengan 2 almari kecik dan 1 meja tv,yg lain semua beg-beg je.

Bila sudah selesai angkat barang semua baru pekerja dia ckp dgn aku yg lori ini 5 tan dan penuh barang aku,dia minta aku call bos dia utk deal harga. Aku dah rasa lain macam dekat situ so lalu call terus bos dia,dia kata kenapa aku mintak lori 5 tan, padahal awal-awal aku deal aku mintak 1 tan jer,3 kali aku confirm kan 1 tan lori aku minta. Then dia terus bagi harga lori sahaja rm850 dan upah pekerja dia smpai 4 org rm750.Terkedu  aku lori sudah jalan ni dan aku atas motor duk call bos dia.Aku cakap lar haritu deal harga lain lori lain,ini sampai lori lain harga lain,dia salah kan aku sebab aku yg minta lori 5 tan,Pelik Ni.

So aku decide nak  bayar rm500 jer ,aku tak kan bayar rm1600,barang-barang aku suruh letak dekat lobby apartment je tak perlu bwk naik atas,bos dia call aku lagi ckp suruh aku bayar rm1500 dia kurang kan 100,aku  cakap takkan bayar,mengarut. Last-last aku deal punya deal aku ckp aku bayar rm800 dan dia setuju.
Settle angkat barang semua aku bayar rm600 jer,diorg mula tak puas hati dan aku ckp kalau you punya bos boleh game saya mcm ni saya pun boleh game diorang macam tu jugak.


Bulan puasa kot nak aniaya aku,nak raya dah , buta-buta kena bayar rm800 dan perjalanan tak smpai 20 minit.
Abang aku pindah dari Muar ke Ampang pun lori lebih 5tan tak smpai pun rm600. Then aku mintak tolong member aku turun 3 org sebab aku takut benda tak elok berlaku sebab waktu tu cuma ada aku sorang ,bini aku dengan mak ayah aku tak nak libat sekali. Bila member aku turun duk cakap-cakap baru pekerja dia ambik rm600 so settle. Duit siap kira depan aku memang cukup rm600,tapi dekat 1 jam dia call aku semula ckp aku bagi tak cukup 100,aduh kuat nya tipu. Kat sini aku tak risau kan diri aku tapi aku risau kan bini aku tengah sarat mengandung nak menangis dah dia tadi. Aku takut apa-apa berlaku sebab rumah aku dia tahu apa semua, tu sebab aku minta tolong member aku turun dan untuk bantu angkat barang disamping menjaga keselamatan keluarga aku.

Aku dapat nombor lori sewa ni daripada iklan-iklan yang tampal dekat lift dinding-dinding apartment yg aku jaga.
Memang silap aku jugak  sebab mudah sangat terpedaya dan aku harap lepas ni tidak ada mangsa-mangsa lain yg kena mcm yg aku kena ni,barang dah ada dlm lori dah separuh jalan baru dia bgtahu harga,m4ti akal aku dibuatnya.
Jadi nasihat aku pada semua jangan percaya pada iklan-iklan lori sewa yg tampal-tampal dekat dinding lift ke dan sebagainya. Minta semua doakan agar aku sekeluarga selamat dlm semua nya.

Md Hairi kredit : fb warga wilayah