Najib Tiba-Tiba Kena Serbu Ketika Pergi Bazar Ramadan. Ini ‘Pickup Line’ Dia Bagi, Boleh Tahan Kelakar

Sebaik tidak menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak semakin mendapat perhatian rakyat terutama netizen sehingga ada yang mengelar beliau sebagai ‘Raja Troll’. Namun kini, beliau yang aktif menggunakan media sosial seperti Facebook dan Twitter untuk berkomunikasi dengan rakyat memilih penggunaan ‘pickup line’ untuk rakyatnya. Fenomena penggunaan ‘pickup line’ kini mula menjadi trend dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa kini.

Dalam hantaran menerusi Facebook dan Twitter miliknya, ramai netizen terhibur dengan ‘pickup line’ beliau yang nyata mencuit hati.

” Tahu tak apa beza kamu dengan hujan? Hujan mencurah jatuh ke bumi. Tapi saudara-saudari semua jatuh ke hati saya. Senyum sikit ok?

” Selamat berbuka puasa!,” kata Najib.

Sebelum itu, beliau dilihat mengunjungi bazar Kampung Baru dalam keadaan hujan renyai namun tetap tidak berganjak untuk memenuhi hasrat rakyat bergambar bersamanya. Difahamkan, beliau juga berpeluang menunaikan solat di Masjid Kampung Baru dan mengedarkan bubur lambuk kepada jemaah. Rata-rata netizen memuji bekas pemimpin itu melalui ‘pickup line’ yang dihasilkan dan ruang komen itu turut dihujani ‘pickup line’ dari netizen.

Sedia maklum, hantaran beliau ke media sosial kini menjadi tular dan berpengaruh, hasil semakan di Facebook beliau, posting ‘pickup line’ itu meraih 2,000 maklum balas dan lebih 33,000 tanda suka dari netizen. Netizen, Mustapa Husain, berkata, “Terbaik lawak dato malam ini, berseri-seri dengan ketawa semua pengikut dato seri. Senyum dan puas semuanya. Hebat!,”.

Najib seterusnya dilihat memuat naik status bakal berkunjung ke utara tanahair. Sekali lagi ayat beliau telah mencuit hati pengikut beliau.

” Orait. Pulau Pinang ….. Najib on the way! Sape yang belum tidur, tak boleh tidur, tak nak tidur? Meh jumpa abam malam ni 1 pagi. Jom sahur kat Restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang, Butterworth..” Status tersebut turut mendapat respon balas dari netizen terutama dari kalangan penduduk negeri Pulau Pinang.

” Dh la boleh katakan beratoq panjang nk mampus …ni kan boosku kita p plkk ..tk tau smpat sahur ka tk …tp bossku tukaw kedai laa..nasi kandaq tu tk lalu nk makan sbb selalu kna saman”, komen seorang netizen. Ramai juga yang memberi respon bertanya kepada Najib kenapa baru sekarang nak turun padang, kenapa tidak dulu.

Apapun admin berharap masyarakat kita supaya bersangka baik dan elakkan komen negatif memandangkan kita sekarang berada di bulan yang mulia.

Sumber: s1narharian