Sejenis Kawan yg ‘Janji Melayu’, Lelaki Berbuka Seafood Seorang. Last Part Paling Tak Boleh Diterima !!

Selain fokus utama untuk beribadah, Ramadan juga menjadi satu peluang bagi keluarga dan rakan-rakan mengeratkan hubungan dengan berbuka bersama. Ketika inilah semuanya dapat berborak dan meluangkan masa setelah seharian berpuasa. Niat seorang lelaki untuk berbuka bersama tidak kesampaian apabila rakan-rakan yang berjanji untuk berbuka seafood lambak tidak kunjung tiba walaupun azan berkumandang. ‘Drama’ itu diceritakan semula oleh seorang pengguna Twitter.

Saksi insiden itu, Alia Natasha menceritakan bagaimana dia terlihat seorang lelaki dengan hidangan seafood lambak di meja. Apa yang menyedihkan, hanya lelaki itu keseorangan menikmati juadah berbuka setelah rakan-rakan yang dinanti tidak datang sebelum waktu Maghrib.

Sumber: Alia Natasha