Botol air yang disimpan di dalam kenderaan ketika musim panas boleh menyebabkan kbakaran – Ahli bomba

Seorang pegawai bomba menasihatkan orang ramai tentang kebhayaan meninggalkan botol air di dalam kenderaan semasa musim panas. David Richardson dari Jabatan Kebakaran Midwest di Amerika Syarikat memberitahu bagaimana botol air boleh menghasilkan haba dari sinar terik matahari.

Menurut David, “Sinaran matahari akan menembusi botol yang dipenuhi cecair, dan bertindak sama seperti kaca pembesar seperti yang anda lakukan pada kanta optik biasa. Pada waktu inilah ia menjadi berbhaya.”

“Ia menggunakan cecair dan bahan lutsinar untuk menjadi pelancar fokus dan sudah cukup menghasilkan percikan api yang boleh menyebabkan pembkaran,” tambah David. Jabatan Kebkaran Midwest City menjalankan ujian mengenainya dan mendapati bahawa cahaya matahari mampu diperbesarkan melalui sebotol air yang mencapai suhu 250°F.

Haba panas yang dihasilkan kemudiannya boleh memberi tumpuan kepada bahan dalaman kereta termasuk kain, tempat duduk atau hamparan yang berpotensi menjadi bahan-bahan yang mudah terbkar. Seorang juruteknik bateri bagi sebuah stesen janakuasa bernama Dioni Amuchastegui, menerangkan bagaimana dia mula mengetahui bahawa botol air plastik yang diletak secara tidak sengaja dapat mencipta satu keadaan berbhaya.

Dioni berkata dia sedang makan tengah hari ketika mula “melihat asap di sebelah sudut mata.” Dioni menoleh dan menyedari bahawa cahaya matahari yang panas telah dibiaskan melalui botol air dan “telah mula menyalakan api kecil yang menyebabkan tempat duduk kereta terbkar.”

Dalam video tersebut, Dioni menunjukkan lakonan semula kedudukan botol air itu di tempat duduk kereta dengan arah cahaya matahari yang datang, dan api boleh dilihat muncul dan asap mula berkepul dari tempat duduk yang diperbuat daripada kulit. Ketika Dioni mengangkat botol air ini dari tempat duduk, dua kesan terbkar dapat dilihat. Cahaya matahari dan haba yang panas sudah cukup kuat untuk membkar dan membentuk dua lubang.

“Saya berasa agak terkejut sehingga terpaksa melihat dan memeriksa keadaan sekali lagi untuk memastikan suhu pada masa itu memang cukup panas. Saya juga menadah tangan di bawah sinaran terik cahaya matahari, dan agak sukar untuk mempercayai pada mulanya,” kata Dioni.

Berikutan insiden ini, pihak bomba mengesyorkan orang ramai supaya tidak menyimpan botol air di dalam kenderaan dan membiarkan ia terdedah kepada cahaya matahari apabila tiada siapa mahu menggunakannya.

Sumber : Idaho Power/Facebook, NTD / erabaru