Pemergian seorang ibu beranak 4, saat-saat terakhir si bongsu susu badan

Tidak dapat dibayangkan apakah perasaan anak-anak ini setelah kehilangan ibu mereka tiba-tiba, lebih-lebih lagi menjelang hari lembaran nanti. Namun, begitulah kenyataan yang harus dilalui oleh empat orang kanak-kanak ini setelah ibu mereka meninggalkan akibat saluran otak membengkak dan pembuluh dara pecah.

Di petik dari Facebook Norzatulakmar Othman :

25 may 2019: perginya seorang ibu beranak 4 di bulan yg mulia ini disebabkan pembuluh darah pecah di otak.. sekejap ja benda nk jadi.. mulanya mengadu sakit kepala, si suami dh bawak pergi cek hospital bahagian emergency, doktor cakap gangguan kitaran haid dan migrain.. pastu diorang balik rumah mcm biasa. 2 ke 3 hari lepas, si mak pegi bazar ramadan terdekat dgn anak dia beli makanan nk berbuka puasa.. otw nk balik rumah, si mak berhenti2 motor tepi jalan sebab kata anak dia si mak pandangan asyik gelap, nk bawak moto tak nampak tapi si mak ni gagahkan jugak diri bawak moto sampai rumah. dah sampai rumah nak dekat pukul 7 mlm tu, masuk dlm rumah si mak rebah, kebetulan si suami ada di rumah masa tu dan sempat disambut oleh suami dia dan terus bawak pergi hospital melaka (si mak ni koma dan kritikal)

Keesokan hari transfer ke #ppum .. si mak masih lagi koma dan kritikal sehingga la doktor datang bagitau pada si suami, harapan utk pulih amatlah tipis kerana keputusan scan otak dia didapati otak dia dh dipenuhi blood cloth, saluran utama pecah, kandungan garam tinggi, saluran air kat otak pun membengkak.. peluang utk hidup sgt tipis.. sedih si suami bila terkenangkan anak2 yg masih kecil bakal kehilangan ibu tercinta (anak sulung umur 11 tahun, anak dua dan tiga aku lupa tanya 🤦🏻‍♀️ anak bongsu umur setahun 5 bulan dan masih menyusu badan)- hari ni last si bongsu minum susu mak dia, alhamdulillah tadi nurse usahakan utk pam susu si mak.. (tadi tgk dia minum susu mak dia, nk tumpah jugak ayaq mata aku).

Malam 24 may 2019, doktor cakap dia akan buat 2 test keesokan hari utk tentukan si mak ni akan bagi positif atau negatif respon.. kalau positif doktor akan usahakan lagi utk selamatkan si mak, kalau kedua2 test negatif si suami, anak2 dan family kena terima ketentuan ilahi. Setelah buat kedua2 test tersebut hari ni mmg tiada respon dari si mak, keputusannya negatif.. semoga kak fazilah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.. selamatkan perjalanan pulang jenazah dan family dari ppum ke perlis dan engkau mudahkan la urusan beliau di dunia dan di akhirat. amin

Sumber : Facebook Norzatulakmar Othman