Anak lelaki sanggup pukul ibu sendiri kerana terlalu percaya cakap bini

SEORANG anak lelaki tergamak memukul ibunya sendiri gara-gara terlalu mempercayai kata-kata isteri. Menerusi video yang viral di media sosial hari ini, wanita warga emas itu mengadu turut dimaki hamun dan dihalau keluar daripada rumahnya.

Ada jugak anak yg tak kenang budi abad ni percayakan bini lagi dari mak sendiri .. nak dekat2 menyambut syawal ni jgn lah ada di kalangan sahabat2 ambe yg sedemikian perangai nye .. durhaka nama nya .. puiiih .. pakat viralkan joom bagi kesedaran sikit pada si anak yg lupa diri ..Credit : Jebat pendekar durhaka

Posted by Tik Tok Viral on Sunday, May 26, 2019

Menurut warga emas itu, menantunya naik angin selepas ditegur kerana membiarkan pampers cucunya merata-rata sehingga menyebabkan cucunya mengalami batuk-batuk.

“Makcik tegur dengan cara baik tetapi dia maki hamun makcik. Apa yang makcik terkilan, anak sendiri turut memihak kepada isteri dia sampai sanggup menghalau makcik keluar dari rumah,” katanya.

Warga emas itu turut menunjukkan tangannya yang bengkak dipercayai akibat dipukul oleh menantunya yang juga merupakan warga Indonesia itu.

Susulan itu, seorang individu telah mengajak warga emas itu untuk membuat laporan polis terhadap anak dan menantunya.

SUMBER – Terengganuvoice