Bukti persahabatan tiga dekad, Yusof Haslam ikhlas tanggung semua kos rawatan Sarjan Misai..Memang Terbaik

Siapa yang tidak mengetahui drama kepolisan, Gerak Khas terbitan Skop Production yang telah memasuki siri ke-19 sejak ditayangkan pada 1999, yang disiarkan di TV 2 sentiasa mendapat di hati para penonton setianya.

Pada yang mengikuti drama tersebut, pasti sudah mengenali dengan watak Sarjan Hisham atau lebih dikenali dengan gelaran Sarjan Misai yang dilakon oleh pelakon A Galak.

Baru-baru ini, satu berita sedih dimaklumkan mengenai A Galak apabila beliau dikhabarkan telah dikejar ke hospital kerana diserrang sakiit angiin ahmar.

Penerbit Skop Productin, Datuk Yusof Haslam setelah mengetahui berita mengenai pelakon veteran tersebut, penerbit itu memaklumkan bahawa pihaknya mahu membiayai kesemua kos perubatan A Galak.

Menurut Datok Yusof Haslam, pelakon itu sudah dianggap seperti ahli keluarganya sendiri setelah hampir tiga dekat mereka menjadi sahabat dan sama-sama menjayankan drama bersiri Gerak Khas.

Maklumat terbaru, difahamkan kini pelakon A Galak atau nama sebenarnya Zakaria Ahmad kini sudah menunjukkan tindak balas positif, namun menurut doktor memerlukan masa yang lama untuk kembali pulih sepenuhnya.

Semoga Sarjan Misai kembali sihat seperti sediakala, pasti masih ada peminat Gerak Khas yang merindukan penampilan tegas beliau dalam rancangan popular itu.

Sumber : Berita Harian