Lelaki tua ini terpaksa memakan ktak hidop dan minum air ktor untuk terus bertahan Selepas Terjatuh dan terperangkap di dalam perigi selama 37 jam.

Seorang lelaki berumur 70 tahun dari Sitiawan, Perak dilaporkan terjatuh ke dalam sebuah perigi sedalam 13 kaki ketika sedang bekerja di ladang kelapa sawit pada 23 Mei yang lalu. Sepanjang terperangkap di dalam perigi itu selama 37 jam, lelaki itu terpaksa meminum air perigi yang kotor dan memakan katak hidup yang berada di dalam perigi itu untuk bertahan.

Menurut SinChew, bahagian permukaan perigi itu telah pun diliputi oleh rumput dan air kotor di dalam perigi itu berada pada paras dada lelaki itu. Hal ini menyebabkan lelaki itu sukar untuk keluar dengan sendiri daripada perigi itu.

Dilaporkan bahawa lelaki itu pergi ke ladang untuk menuai buah sawit seperti lazimnya yang dilakukan, tetapi dia terjatuh ke dalam perigi itu sekitar pukul 9 pagi pada hari itu. Disebabkan kemlangan itu, dia tidak pulang ke rumah untuk makan tengah hari seperti kebiasaannya. Bimbang dengan keadaan lelaki itu, isterinya pergi ke ladang untuk mencarinya tetapi tidak berjaya menemuinya.

Akhirnya, pada jam 9.40 malam pada 24 Mei, Pasukan Penyelamat telah berjaya menemui lelaki itu dalam keadaan yang lemah dan kelaparan kerana sudah terperangkap selama lebih kurang satu setengah hari.

Ketika ditemui, lelaki itu berada dalam keadaan sedar dan masih dapat bercakap dengan jelas. Lantas, lelaki itu diberikan sebotol air minuman, roti untuk dimakan dan diberi rawatan yang diperlukan sebelum dihantar ke Hospital Pantai Manjung.

“Bukan sahaja saya perlu minum air perigi yang kotor dan berbau, tetapi saya juga memakan katak hidup yang saya temui di dalam perigi. Apabila saya tidak dapat mencari katak lagi untuk dimakan, saya mula p4nik. Saya fikir saya hanya boleh bertahan selama satu hari sahaja lagi. Jika tiada sesiapa yang menemui saya sehingga hari Ahad, saya pasti akan mti,” ujar lelaki itu.

Dilaporkan bahawa bantuan daripada Pasukan Penyelamat dihubungi oleh sanak-saudaranya pada jam 6 petang. Pasukan Penyelamat telah mencarinya sepanjang malam tetapi tidak berhasil sebelum mereka kembali semula ke ladang itu setelah isteri lelaki itu memberitahu bahawa mereka terlihat motosikalnya berada di kawasan ladang.

Sumber: Sinchew