Turun 90KG Ke 42KG, Ibu Anak 3 Ini Kongsi Amal 5Biji Pisang Sehari Untuk Cepat Kenyang.

Kalau orang lain berhabis ribuan ringgit ke pusat-pusat kelangsingan badan atau ramai yang habis ratusan ringgit membeli produk kurus, lain pula dengan ibu anak 3 yang cantik ini kerana beliau diet menggunakan pisang.

Sambil diet sambil kulit cantik dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dengan mengambil buah pisang. Walaupun sudah mempunyai 3 orang anak wanita cantik ini masih mahu berusaha menurunkan berat badan seperti anak dara.

Dan hasilnya beliau kini berjaya menurunkan berat badan dari 90kg ke 42 kg dalam tempoh 8 bulan sahaja. Bukan sahaja dapat badan macam anak dara malah beliau juga berubah menjadi semakin cantik.

Menurut Sophia, beliau berjaya menurunkan 5kg dalam tempoh 12 hari hanya dengan mengamalkan diet pisang ini. Mari kita lihat perkongsian dari saudari Sophia Safianyang berkongsi perjalanan penurunan berat badan beliau.

Perkongsian Perjalanan Penurunan Berat Badan Beliau

Siapa sini yang badan jenis rangka besar & tinggi (163cm) macam hakak cuba mengaku . Tak pe babe, jangan susah hati kalau dah beranak lebih dari 3 orang kalau berat badan cecah 90kilo ke atas pun,

“KALAU NIAT & SEMANGAT NAK KURUS RAYA TAHUN 2018, BUAT SUNGGUH-SUNGGUH ! TAK NAK JANGAN BUAT TERUS”

DALAM TEMPOH 3 BULAN NI hakak dah berjaya loose dari waist 34 to 31 inch, dari 90 kilo to 63 kilo, next TARGET waist 30 inch, berat 60kg.

Meh hakak share sikit camne korang boleh start diet bulan Mac sampai dekat nak raya nanti.

  • 1st step, WAJIB ADA “GENG KURUS” (Cara mudah ajak BFF kurus bersama)
  • 2nd step, (sila baca penerangan di bawah)

DIET PISANG 12 HARI PERTAMA (2:2:1) atau (2:1:2)

Jenis pisang: Cavendish

Percaya tak dalam tempoh 12 hari jer hakak boleh reduce 5 kilo secara mendadak bila amalkan diet pisang ni? Percaya jer laaa memang menjadi pun. Syaratnya,

BANGUN PAGI

1. Minum 200ml air masak suam (fungsi untuk detox dan tidak lah mengejut buah pinggang awak tiba2 nak kena proses air manis dulu)

2. Makan 2 biji pisang dan minum secawan air masak suam (nanti korang akan rase macam kembang je dalam perut tu sbb pisang kaya dengan fiber)

3. Sarapan pagi boleh apply #sukusukuseparuh jika perlu. Hakak pulak selang seli kan makan sosej goreng/omellete/roti wholemeal + salad + mayo

TENGAHARI

1. Sebelum makan tengahari makan dulu 1 atau 2 biji pisang lagi (supaya awak tak rasa nak makan banyak pun waktu tengahari)

2. Boleh apply konsep #sukusukuseparuh jika perlu. (Tapi hakak ni anak dah 3 ada anak kecik lagi umur 3 tahun so kalau tak makan nasi hakak boleh menggigil. Jadi hakak limitkan makan nasi hanya setengah senduk, 1/2 pinggan WAJIB lauk sayur/ulam + 1/4 lagi ayam/ikan bakar)

MAKAN MALAM SEBELUM 6PM

1. Boleh apply konsep #sukusukuseparuh jika perlu (hakak pulak petang2 macam ni hakak suka makan biskut Weetameal, so bila perut dah rasa kembang hakak stop makan biskut. Ataupun petang2 hakak suka makan sup sayur/tomyam sayur, nasi seboleh2nya elakkan).

2. Then malam sebelum tidur makan lagi sebiji pisang.

Macam tu lah yang hakak amalkan setiap hari sampai lah masuk hari ke-12. Bila timbang berat jer, “Oh my god! Menjadi babe, reduce 5kilo sape nak kasi!”

Masuk hari ke-13 sampai lah ke hari ni hakak cuma diet dengan cara kurangkan makan karbo, lebihkan protein.

  • TIPS PERUT KEMPIS: Rajin-rajinlah amalkan minum air lemon suam waktu pagi dan bila-bila masa saja (tidak campur gula). In shaa Allah perut korang akan kembali flat walaupun sebelum ni lepas beranak perut menggeleber jer.

Nak lagi bagus campurkan dengan halia boleh buang angin dalam badan, sebab bila kita tengah diet ni tak mustahil angin mudah masuk badan sebab kita kurang makan.

Alang-alang nak kurus & cantik tu, tak rugi kalau amalkan penjagaan kesihatan dalaman & luaran. Baru lah lengkap. Seminggu sekali boleh amalkan juga minum air manjakani (tips mengikat hati suami ).

Petua: kulit pisang jangan dibuang, bahagian dalam tu boleh sental dekat muka. Itu rahsia kulit muka makin cerah dan rajinlah sapu sekali sampai ke leher semua.

Raya 2019 sudah makin hampir, kalau nak bergaya dengan kebaya tampak lansing di pagi raya bolehlah mulakan diet pisang nie dari sekarang. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca, Selamat Mencuba!

SUMBER