Tak Dapat Hadir Konvo Anak di Harvard, Ini Luahan Sayu Najib “Daddy Minta Maaf”

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Naj1b Tun Razak meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat bersama anak perempuannya, Nooryana Najwa pada hari konvokesyen untuk menerima ijazah sarjana daripada Harvard Kennedy School di Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Luahan itu dibuat menerusi akaun Facebook miliknya, memandangkan beliau tidak dibenarkan ke luar negara selepas Pakatan Harapan (PH) memenangani Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada Mei 2018.

“ Anak saya. Hari ini terima ijazah sarjana daripada Harvard. Sebagai bapa, saya berasa amat sedih tidak dapat berada di sana meraikan detik ini.

“ Daddy minta maaf, Gina, tidak dapat bersama hari ini. Saya amat berbangga dengan kamu,” katanya menerusi akaun media sosialnya itu hari ini.

Naj1b dalam status Facebook juga turut berkongsi gambar anaknya bersama suami, Daniyar Kessikbayev dengan anak mereka, Adam Razak serta diiringi anak lelaki Ahli Parlimen Pekan itu, Norashman di universiti tersebut.

Dalam pada itu, Nooryana turut dilihat berkongsi momen beliau di Harvard sambil memegang sarjana yang diterima

” The Big H seal does not mean one has all the answers. It does not mean one is superior than others.
In fact, this last year has been most humbling. I am constantly reminded to go home quietly, to keep talking to your “people”, and to learn fast but judge slowly.

” One professor even advised me: if anyone asks you, “what did you learn at Harvard?”, tell them – “I’ve learnt to listen better and ask better questions”. Stay grounded, stay curious and most importantly stay inspired.

” This is just a small milestone in a long journey..”

What a beauty with brain! Congrats Gina! Bukan saja menawan namun juga bijak dan berpendidikan, berikut antara beberapa fakta menarik tentang dirinya yang tidak semua tahu.

1. Nooryana Najib adalah anak perempuan Najib Razak dengan isteri kedua, Rosmah Mansor.

2. Berumur 31 tahun, Nooryana turut memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Perkhidmatan Asing dari Georgetown University.

3. Tak lama lepas tamat belajar, pada 19 March 2015 Nooryana selamat bernikah dengan Daniyar Kessikbayev yang berasal dari Kazakhstan pada 2015, iaitu sepupu kepada presiden Kazakhstan.

4. Hasil perkongsian hidup, Nooryana dan suami kini mempunyai seorang anak lelaki, Adam Razak

5. Nooryana serta adiknya antara anak-anak Najib yang setia bersama bapa mereka walaupun ditimpa pelbagai dugaan.

6. Nooryana juga dilihat sering kali aktif di laman sosial Instagramnya, di mana sehingga kini sudah punya 39.9k pengikut, dan sering kali berkongsi rutin hariannya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber: utusan