Syawal pertama tanpa Mamajee, Ali pakai jubah milik Adamdidam 30 tahun yang lalu

Sudah lebih dua minggu cef selebriti Adamdidam atau nama lengkapnya Mohamad Adam Mohamed Ismail, 29, meninggalkan kita untuk selamanya.

Namun ingatan terhadapnya masih melekat dalam sanubari setiap yang mengenali lebih-lebih lagi bagi ahli keluarga terdekat.

Salah seorang anak saudara kepada arwah Adamdidam iaitu Ali Omar Mukhlis, 3, berkongsi sekeping foto yang menunjukkan dia memakai jubah milik Adamdidam sewaktu kecil dahulu bagi melepaskan rindu terhadap bapa saudaranya.

“Ali pakai jubah milik Mamajee yang dibeli di Mekah pada tahun 1990-an, dah hampir 30 tahun usia jubah ini!” kapsyen tertera merujuk kepada foto Ali yang dikongsi dalam Instagram @thefamily.uk.

View this post on Instagram.Our first Eid without Mamajee… Ali is wearing Mamajee’s jubbah from his childhood days which was bought in Makkah back in the 1990s – that was almost 30 years ago! . Eid Mubarak from our family to your family. May Allah shower His countless blessings on all of us today and everyday. . p/s: Please kindly recite Surah Al-Fatihah for our beloved Mamajee… . #adamdidamjunior

A post shared by The Family UK (@thefamily.uk) on Jun 4, 2019 at 2:09am PDT

Walaupun sudah 30 tahun usia jubah tersebut, ia masih elok dalam simpanan dan menjadi antara kenangan bermakna buat Ali.

Pemergian ke rahmatullah Adamdidam yang mesra disapa Mamajee oleh trio adik-beradik Omar, Fatimah dan Ali itu pada 19 Mei lalu adalah satu kehilangan besar buat mereka.

Menjadi Syawal pertama tanpa kehadiran Mamajee, Ali dan seluruh keluarga turut memohon orang ramai sedekahkan Al Fatihah buat arwah.

Cef selebriti itu menghembuskan nafas terakhirnya akibat jangkitan paru-paru di kediaman keluarganya di Kota Bharu.

Sumber: MHE TV