Huawei dilarang guna aplikasi Facebook

SAN FRANCISCO: Facebook Inc tidak lagi membenarkan pemasangan aplikasi media sosial itu di dalam telefon pintar Huawei, tamparan terbaru untuk syarikat teknologi gergasi China berkenaan.

Larangan itu dibuat ketika syarikat terbabit berusaha untuk mengekalkan perniagaannya di China ketika berdepan dengan sekatan pembelian alat ganti dan perisian Amerika Syarikat. Menurut Facebook, pengguna sedia ada telefon Huawei masih boleh menggunakan aplikasi dan menerima kemas kini, tetapi pelanggan baharu tidak lagi dapat menggunakan aplikasi Facebook, WhatsApp dan Instagram.

Kebanyakan penjual telefon pintar gemar menyertakan tawaran pemasangan aplikasi popular seperti Facebook, termasuk Twitter dan Booking.com di dalam telefon pintar Huawei. Setakat ini semua syarikat terbabit enggan memberikan sebarang reaksi terhadap perkembangan terbaru itu.

Langkah Facebook sudah pasti menjejaskan prospek jualan telefon pintar Huawei Technologies Co Ltd, yang menjana pendapatan terbesar tahun lalu, disokong pertumbuhan kukuh di Eropah dan Asia.

SUMBER – hmetro

Pengguna tidak perlu bimbang, Huawei akan terus beri kemaskini keselamatan & khidmat lepas jualan

Dalam kekecohan Amerika Syarikat mengenakan larangan mana-mana syarikat di AS berurusniaga dengan Huawei, Huawei dengan tenang bersedia berhadapan dengan tindakan tersebut. Bagi meyakinkan pengguna peranti nombor dua di dunia itu, Huawei telah mengeluarkan kenyataan rasmi.

Huawei has made substantial contributions to the development and growth of Android around the world. As one of Android’s…

Posted by Huawei Mobile on Monday, May 20, 2019

Huawei menyatakan, mereka akan terus menyediakan kemaskini keselamatan untuk peranti Huawei dan Honor, serta sebarang perkhidmatan selepas jualan. Perkara ini termasuk sebarang telefon pintar dan tablet Android yang telah dijual atau masih dalam stok di seluruh dunia.

Tambah Huawei, mereka telah membuat sumbangan besar dalam pembangunan dan perkembangan Android di seluruh dunia. Sebagai salah satu rakan utama Android, Huawei telah bekerjasama rapat dalam membangunkan sistem operasi sumber terbuka tersebut, yang memberi manfaat kepada pengguna dan industri.

Huawei akan terus membangunkan ekosistem perisian yang mampan, dalam usaha untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna di seluruh dunia.

Huawei telah menjangka akan larangan ini dan telah bersiap sedia lebih awal mempersiapkan diri mereka dengan mencipta sendiri pelbagai komponen seperti cip pemproses, modem dan sistem operasi. Walaupun begitu, Huawei masih banyak bergantung kepada pengeluar lain terutama dari AS seperti Intel, Qualcomm dan Broadcomm.

Bagi peranti Android, pengguna tidak perlu risau kerana Huawei masih boleh menggunakan OS EMUI tanpa ikatan kepada perkhidmatan Google. Malah, Huawei mempunyai stor aplikasi sendiri untuk pengguna memuat turun aplikasi Android.

Cuma, adakah pengguna Huawei di seluruh dunia bersedia untuk menggunakan peranti tanpa akses ke Gmail, YouTube, Maps dan sebagainya dari Google? Sekurang-kurangnya pengguna di China tidak bermasalah.

SUMBER