‘Rupanya Reza Hasbi Ambil Upah Pasang Siling Rumah’ Ini Luahan Reza Yang Sebenarnya Setelah Dituduh Oleh A Aida

Berita yang beberapa hari tersebar pelakon Reza Hasbi dituduh tidak bersyukur sepanjang menjadi artis di bawah A Aida Productions dan Penerbitnya A Aida berasa kesal atas sikap Reza yang menuduh syarikat produksinya menjadi punca dia tidak menerima tawaran berlakon.Berikutan tersebut dia menganggap pelakon itu tidak bersyukur menerima bantuan sepanjang dibawah A Aida Productions.

Namun kali ini , Inilah Sebenarnya luahan dari pelakon Reza Hasbi yang tidak menerima tawaran berlakon hingga menjejaskan pendapatannya untuk menyara keluarga menerima pelbagai reaksi netizen.

Malah rata-rata mempertikaikan niatnya untuk meminta bantuan zakat kerana beranggapan dia seorang yang pemalas dan sekadar mahu bergantung harap kepada dunia hiburan.

Enggan membiarkan netizen terus menghinanya tanpa mengetahui situasi sebenar, Reza atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuan Habullah, 30, berkongsi mengenai pekerjaan sampingan yang dilakukan demi mencari rezeki.

Reza dedah pernah mengambil upah buat siling rumah orang

“Aku tak malu dengan kehidupan aku seperti mereka perkatakan. Walaupun aku artis tapi aku sedar di mana aku dulunya.”Aku maafkan mereka yang memperlekehkan kehidupan aku. Ni masa aku tak ada job sebelum puasa hari tu. Aku ambil upah buat siling rumah orang. “Aku tak malu berpakaian seperti itu, aku tak malu badan aku bau ketiak, aku cari rezeki untuk anak isteri aku,” ujarnya.

Video

1

Posted by Newscoviral on Saturday, June 1, 2019

Reza sebelum ini menerusi laporan mStar pada Jumaat mendedahkan dia berhadapan dengan situasi memeritkan apabila terpaksa meminta ihsan ibu bapa demi meneruskan kehidupan.

Menurutnya, perkara itu terjadi disebabkan lebih dua bulan dia tidak menerima mana-mana tawaran berlakon.

Reza terpaksa meminta ihsan ibubapa untuk meneruskan hidup

“Jangan disebabkan perkataan aku rasa macam nak minta zakat korang mem4ki h4mun aku ikut sesuka hati.

“Aku maafkan dengan senang hati sebab ramai sangat yang membantu dan mendoakan aku. Sayang korang semua,” katanya.

Sebelum ini pelakon drama Dia Menantu Rahsia ini juga ada meluahkan rasa kesal terhadap pihak produksi yang menguruskannya kerana menganggap menjadi punca dia tidak mendapat sebarang tawaran berlakon.

Bagaimanapun, menurut penerbit Datuk A. Aida, dia menganggap pelakon itu tidak bersyukur dengan bantuan yang diberikan selama dua tahun ketika mengikat kontrak bersama syarikat produksinya.

Semoga A Aida dan Reza dapat berbaik semula dan saling bermaaf-maafan sempena bulan Ramadan yang Mulia dan menyambut hari lebaran dengan gembira yang bakal tiba.

sumber : mstar