Seminggu Fatimah Tak Boleh Menangis Selepas Adam Pergi, Tiba-tiba Dia Mimpi ‘Berjumpa’ Arwwah

SEMINGGU Fatimah menahan air matanya daripada jatuh selepas bapa saudara kesayangan yang juga seorang chef selebriti, Muhammad Adam Mahamed Ismail pergi buat selama-lamanya.

Kepetahannya bertutur di depan lensa kamera dirindui peminat setia Instagram trio popular @thefamily.uk dan tidak kurang juga yang mendoakan agar Fatimah kuat menerima takdir Yang Maha Esa.

Selepas Adam atau lebih dikenali sebagai Adamdidam menghembuskan nafas terakhir pada pagi 19 Mei lalu, kanak-kanak berusia lima tahun itu tidak mengalirkan air mata dan enggan bercakap dengan sesiapa.

Setelah sekian lama mendiamkan diri, ibu mereka, Nor Ashila Mahamed Ismail, 39, akhirnya membuka mulut berkongsi keadaan anak-anaknya selepas Adam men1nggal dunia.

“Selepas Adam pergi, Ali demam beberapa hari dan masih berharap Mamajee (Adam) pulang. Muktar pula mungkin kerana dia sudah dewasa, jadi dia boleh mengawal perasaan.

“Fatimah tidak boleh menangis pada mulanya, tapi Sabtu lalu (25 Mei) dia tiba-tiba hilang arah dan meraung selepas Mamajee datang dalam mimpinya,” katanya.

Menurut wanita yang menetap di Birmingham, England itu, dia berasa lega apabila melihat Fatimah akhirnya menangis dan seakan-akan mula menerima ketiadaan bapa saudaranya.

Tubuh Fatimah juga susut kerana tidak lalu makan dan tidur yang tidak menentu.

Sumber : mStar