Ayah didik Along tegas, kasar mcm askar sehingga Along meniggal. Apa yang ayah buat pada Along malam tu memang aku xboleh terima dan aku ingat sampai hari ni.

Anak derh4ka memang ramai. Tapi parents puaka juga wujud. Kalau tak alami jangan kau nafikan. Mungkin Allah tak uji sebab tau kau tak mampu survive macam kami.

Aku Hani. Harini rasanya nak tulis confession banyak2 tentang keluarga aku yg menjadi m4ngsa bapak. Supaya korang tau this is a real problem. It isn’t a normal parenting. Dan janganlah jadi macam ni. Please.

Dari tajuk tu korang dah tau Along aku mennggal. But why? How? This is the story. Adik beradik aku sebenarnya ada 5. Along angah abang kakak dan aku.

Bapak kahwin pertama kali umur dia 25 tahun. Askar hensem perkasa berdarah panas. Bini pertama pun sama panas jugak. Dorg selalu bergduh berpvkul apa semua dan akhirnya crai.

Dua anak mereka dapat ke bapak sebab bapak bekerja tetap mampu sara mereka. Bapak besarkan anak2 dia cara askar. Tegas dan kasar. Satu sudut memang bagus sebab anak berdisiplin pandai buat kerja rumah.

Satu sudut lagi hancur hati anak sebab kurang kasih sayang dan rahmah. In detail aku tak tahu apa yang berlaku masa bapak besarkan mereka berdua sendirian. Yang pastinya bapak terlalu cepat naik tangan walau perkara kecil.

Contohnya dia pakai baju, tangan tersangkut sikit susah nak masuk. Dia terus koyakkan tak kira la baju tu mahal mana pun orang hadiahkan. Contoh lagi, dia keluarkan sesuatu dari botol, benda tu terjatuh.

Terus dia baling botol bagi bersepah isi atau bersepai. Puas hati sebab bagi dia benda yg jatuh tu tak patuh arahan.

Contoh lagi, abang aku ambil wuduk. Tapi dia nampak muka abang kering. Abang cakap lap dia tak percaya. Nak jugak libas sampai anak menjerit2.

Daripada nak pergi masjid terus jadi d€ra. Kalau dia datang masa kami tengah makan tak pelawa/greet dia, kejap lagi makan penampar depan2 hidangan. Tapi tak boleh menangis ok, teruskan makan macam biasa seolah tiada apa berlaku.

Bapak tak boleh dengar org menangis, mungkin dia tak suka rasa bersalah. Dia mesti sentiasa betul, bagus, hebat dan menang. Gitu la perangai bapak aku kalau korang nak gambarkan.

Dia akan komplen setiap perbuatan orang, apa yang kami tengok di TV, apa2 yang tak kena di rumah. Sampaikan bila dengar bunyi kereta dia je orang dalam rumah terus jadi takut, tak keruan.

Takut apa yang dia nak marah dan komplen bila masuk kejap lagi. Itu la yg dialami isteri pertama bapak sampai dia stress, anxiety, tak boleh bernafas, akhirnya mereka bercrai. Kemudian kami pulak alami.

Kau rasa begini ke hidup sebuah keluarga? Kau yg pandai kata sabar patuh mak bapak, kau boleh hidup dalam deraan emosi begini?

Back to Along. Walaupun parents bercrai tapi penderitaan mereka tak berakhir. Bila tinggal dengan bapak, dia jadi tulang belakang adik. Along aku umur 11-12 tahun macam tu. Bila selalu kena pukul dan takde mak nak support emosi, dia mula r€bel.

Join budak lepak. Jadi liar dan start lari dari rumah. Bila bapak kahwin kali kedua dengan mak aku, mak sempat kenal Along ni. Budaknya memang nakal tapi bertanggungjawab.

Mak aku cerita kali terakhir Along lari dari rumah, dia pergi ofis mak aku nak hantar kunci. Kau rasa? Along yg menghilangkan diri ni tak tahu mana dia tinggal.

Pernah bapak terjumpa dia di masjid, nak solat dengan seluar bola sepak. Bila dia nampak bapak terus lari lintang pukang. Akhirnya Along jadi penagih d@dah. Dah kena tangkap dengan polis, bapak ambik la dia hantar pusat serenti.

Dua-tiga kali proses tu berlaku. Along masuk pusat, lari, kena tangkap lagi, lari lagi and so on. Berapa tahun berlalu sampai Along dewasa, kami adik beradik pun dah lahir. Along hidup di jalanan sebagai penagih.

Kadang keluarga terserempak dia merayau kurus kering. Pernah Along duduk lama di sebuah pusat pemulihan. Kata bapak, Along betul dah nak sembuh dan muka dia pun nampak bersih cerah. Bapak bawaklah balik. Tapi entah kenapa tak lama kemudian Along jadi balik.

Kat sini aku tak salahkan Along. Bila dia balik ke pangkuan bapak, dengan perangai bapak yg masih kaki pukkul tak berubah, macam mana dia nak harap anak berubah? Mesti la Along teringat trauuma dia masa kecil kena macam2 dengan bapak menyebabkan dia kembali men4gih.

Aku pernah jumpa Along masa sekolah rendah. Masa tu umur dia 30an. Dia datang kenduri kami pakai baju melayu. Aku nampak dari jauh je, tu pun takut nak pandang.

Sebab bapak selalu momokkan kami yg Along ni anak jahat, penagih, blabla.. Tambah pulak dengarnya Along ada H1V. Lagi la aku takut seolah2 penyakit tu boleh jangkit melalui pandangan mata. B0doh betul aku dulu.

Lepas tu dah tak dengar khabar Along, sampai aku naik sekolah menengah dapat berita Along mennggal di pusat pemulihan. Bapak tak pergi tengok. Angah aku pergi ambil jenzah dengan sedara mara.

Kata Angah, jenzah Along bersih. Tak ada pun kudis-kudis H1V dan Along mennggal sebab masalah pernafasan. Sebelum mennggal Along sempat dilantik jadi imam kat pusat pemulihan dia. Semoga Allah ampunkan Along dan terima dia sebagai hamba yang soleh :'(

Bila aku besar dan faham konflik dalam keluarga ni, aku jadi teringat sangat pada Along. Abang sulung yang aku tak kenal. Aku tak dapat bayangkan deraan yang dia terima masa bapak muda, masih askar yang berdarah panas.

Tentu lebih teruk dari yang kami hadapi sekarang. Sampai Along terkontang-kanting rosakkan diri sebab nak cari bahagia. Aku terlalu simpati pada Along. Kesiannya hidup dia berakhir begitu, kerana bapak.

Bila tension dengan perangai bapak, aku teringat Along dan rasa sangat connected dengan abang yg dah tak ada tu. Masa hidup aku tak kenal pun dia, salam pun tak pernah. Sekarang walaupun dah berlainan alam tetap rasa dekat dengan dia.

Kadang aku tanya bapak pasal Along. Muka bapak akan beriak kesal. Tapi dia tak pernah mengaku dia salah didik. Mesti Along yang jah4t, derh4ka, mel4wan. Raya tahun lepas bapak borak dengan kakak ipar aku.

Tiba-tiba je takde angin ribuut, dia pergi kutuk2 Along. Tak paham aku. Aku terus potong cakap bapak supaya dia stop mengutuk orang yg dah takde. Dahlah anak tu dia yang hanncurkan. Lepastu dah mati pun kau tak lepaskan

Somehow aku rasa bapak aku ni skit mental. Ego terlalu besar sampai rosak mental dia.vReaders, hubungan korang dgn anak2 macam akar pokok dengan buah.

Korang bukan saja provide makanan, perlindungan, tapi juga keperluan mental dan emosi yg baik. Apa yg korang fikir, cakap terhadap anak, ada connection yg korang tak nampak terus masuk dalam diri dia.

Memang betul anak yg selalu dimaki akan hidup tak tentu arah. Sebab parents r4cun mental dan emosi dia. Jadi gitulah.

Nabi kata anak2 tu kain putih. Korang asyik simbah cat hitam, kain hitamlah yang korang dapat wahai parents. Jangan salahkan anak2 tapi muhasabah dan renung bagaimana korang didik mereka.

Aku tak cakap jangan marah anak. Marah pada tempatnya. Lembut pada tempatnya. Marah ada caranya. Lembut ada caranya. Yang penting sekali betulkan perangai kita. Sebab anak2 akan copy sebijik perangai mak bapak.

Dah jadi cikgu ni aku dah boleh detect murid bermasalah mesti parents salah didik kat rumah. Rasa tak ready nak ubah perangai, jangan kahwin jangan beranak.

Kesianlah anak kita dapat parents tak tentu arah… Macam Along aku ni. Apa pun dosa yang Along pernah buat, aku mohon semoga Allah ampunkan Along. – Hani via iium

Sumber: khalifahdunia