”Betapa Indahnya Ayah Luar Dalam”, Anak Bangga Kongsi Kisah Dibesarkan Ayah Sindr0m D0wn

Ibu bapa merupakan satu-satunya insan yang mampu menerima, menghargai dan menyayangi kita tanpa sebarang syarat. Namun, tak semua anak mampu lakukan perkara yang sama. Pernah dibvli kerana memiliki bapa yang menghidap sindr0m D0wn, Anne pada mulanya malu untuk berhadapan dengan orang sekeliling ketika masih kecil.

Namun kini semuanya berubah. Anne berbangga memiliki ayah yang kuat dan menjadi inspirasi buat dirinya. Pada 2 Jun lalu, dia berkongsi ucapan hari lahir kepada ayahnya di Facebook bagi menunjukkan betapa istimewanya insan tersebut dalam hidupnya.

“Ayahku sayang, hari ini merupakan detik yang istimewa dalam hidup ayah. Hari ini genap usia ayah 50 tahun dan saya berasa dirahmati kerana ayah terus menjalankan hidup yang indah dan panjang.

“Saya tahu ayah takkan mampu baca luahan ini tapi saya mahu seluruh dunia tahu betapa bangganya saya mempunyai ayah sebagai ayah saya. Saya ingin mereka tahu betapa indahnya ayah luar dan dalam.

“Ayah, saya mengambil masa bertahun-tahun untuk mengumpul kekuatan menghadapi semua orang. Semasa sekolah rendah, saya dibvli kerana mereka cakap ayah berbeza.”

“Sebagai kanak-kanak, saya tidak nampak perbezaan itu, yang saya nampak ialah ayah merupakan ayah saya. Saya tidak faham kenapa mereka meng3jek dan memanggil saya tidak normal. Setelah beberapa lama, barulah saya faham. Saya menjadi penakvt setelah itu.”

Anne turut menyifatkan ayahnya sebagai insan yang paling berani dan kuat kerana jarang sekali mengeluh walau terpaksa menjalani pelbagai prosedur kesihatan.

“Selama ini, ayah jarang sekali merungut walau terpaksa disvntik, dibed4h di sana sini, di4lisis dan banyak lagi.

“Saya pernah tengok ayah ketika ayah terlalu pen4t dan s4kit. Saya pernah lihat ayah menangis kerana lutut ayah s4kit. Saya tidak dapat rasa kes4kitan itu tapi saya harap mampu mengambil tempat ayah supaya ayah tidak s4kit lagi.

“Ayah, maafkan saya jika tidak membawa ayah ke pantai dengan lebih kerap atau tidak bawakan dimsum kegemaran ayah atau tak cukup kerap melawat ayah.”

“Satu perkara yang saya kesali ialah menyembunyikan ayah dari hidup saya kerana saya masih lagi kanak-kanak sama yang takut dibvli. Tapi saya sayangkan ayah lebih dari yang ayah tahu dan saya sentiasa terinspirasi dengan ayah.

“Selamat hari lahir yang ke-50 ayah! Saya kuat dan berani kerana ayah. Saya sayang ayah. Saya dah cukup besar untuk pertahankan diri dari pembvli.”

Sumber: Richie Anne Castillo via siakapkeli