Sharnaaz Ahmad ‘Sound’ Jangan Batak Duit Raya Hormat Rezeki Orang Lain

Duit raya banyak atau sikit, tolong hormat rezeki orang bagi – Sharnaaz Ahmad. Menurut Sharnaaz yang memuat naik status di Instagram Stories , semua orang yang menerima duit raya perlu menghormati pemberian berkenaan walau berapa jumlah berkenaan.

KUALA LUMPUR: Ketika vir4l isu seorang wanita yang melahirkan kekecewaan apabila anak saudaranya hanya memberi duit raya RM5 di laman Twitter, pelakon, Sharnaaz turut memberikan pendapat mengenai isu seumpama itu.

Menurut Sharnaaz yang memuat naik status di Instagram Stories , semua orang yang menerima duit raya perlu menghormati pemberian berkenaan walau berapa jumlahnya.

Malah, katanya, jangan ada sikap ‘batak duit raya’ (satu pihak menuduh pihak yang lain bersalah).

“Duit raya banyak atau sedikit, tolong hormat orang bagi tu. Yang penting orang bayar zakat dan bahagian dia, jangan batak duit raya. Kaya macam mana pun orang tu, kalau dia ada berpuluh orang nak bagi, fikir sama kesempitan yang dia kena lalui,” ujarnya.

Sharnaaz memuatnaik status di IG stories yang mahu semua pihak menghormati pemberian duit raya. Sumber astroawani

Artikel berkaitan duit raya lagi. “Tak tahu nak kata apa, Twitter wanita ini diserang gara-gara pertikai duit raya RM5!”

Menerusi tweet terbabit, wanita terbabit menyatakan pendapatnya tentang pemberian duit raya yang diberi oleh saudara maranya. – Foto Twitter

GARA-GARA mempertikaikan duit raya RM5 yang diterima oleh anaknya, akaun Twitter milik wanita ini diserang warganet. Sehingga kini tweet berkenaan telah menerima hampir 100 komen dan ‘retweet’ hampir 700 kali.

Menerusi tweet terbabit, wanita terbabit menyatakan pendapatnya tentang pemberian duit raya yang diberi oleh saudara maranya.

Menurutnya, biarpun mempunyai kereta mewah dan bergaji besar, namun saudara maranya masih tetap memberi duit raya serendah RM5.

Rentetan daripada tweet berkenaan, akaun miliknya kemudian diserang dengan ratusan kecaman oleh warganet.

Foto Twitter

Kebanyakannya dilihat tidak berpuas hati dengan pandangan itu, malah menyifatkan wanita berkenaan tidak bersyukur dengan apa yang diterimanya. Apa pula pendapat anda? Sumber astroawni