Anggota Polis Dijemput Ilahi Selepas Singgah Solat Maghrib. Anak Dedah Saat Akhir Ar wah

Anggota polis berpangkat Sub Inspektor men1nggal dunia selepas selesai solat Maghrib di Masjid Al-Wajdi Bukit Selambau, di Sungai Petani, semalam. Fadzil Ahmad, 60, rebah ketika bacaan zikir pada 7.45 malam. Anak arw4h, Siti Nuraida, 32, berkata, bapanya singgah solat di masjid itu sebelum pulang ke rumahnya di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik selepas pulang dari kampungnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

“ Tengah hari semalam arw4h ayah ada ke majlis kenduri perkahwinan di Sungai Petani bersama adik (Muhammad Syafiq, 20) sebelum mereka pulang ke kampung untuk menemui sanak saudara.

“ Menurut adik, ayah ada mengadu sakit dada dan sesak nafas selepas mereka pulang dari majlis kenduri itu, namun arw4h masih dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Siti Nuraida berkata, arw4h bapanya dikatakan tidak mengalami masalah ketika mengerjakan solat Maghrib sehinggalah arw4h kembali mengadu sakit dada ketika bacaan zikir selepas solat dibacakan.

“ Ayah beritahu adik yang dia sakit dada balik sambil memegang dadanya ketika imam membacakan zikir dan arw4h tiba-tiba rebah tidak lama kemudian,” katanya.

Anak kedua arw4h itu mengakui, bapanya mengutamakan solat jemaah di masjid serta solat tahajud dan arw4h juga begitu disenangi oleh orang di sekelilingnya.

“ Memandangkan arw4h kini sedang bercuti bersara yang dijangka pada 14 Julai ini, masanya banyak dihabiskan di surau IPD Sik.

“ Arw4h juga antara yang bertanggungjawab melaungkan azan di surau kuaters IPD sepanjang Ramadan lalu,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintenden Abdull Razak Osman berkata, anggota itu singgah di masjid tersebut ketika dalam perjalanan pulang ke Sik selepas melawat adik perempuannya, di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

“ Selepas sembahyang dia (Fadzil) rebah dan disahkan men1nggal dunia akibat ser4ngan jantung oleh pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan selepas itu.

“ Anggota tersebut bakal bersara daripada perkhidmatan polis pada Julai depan,” katanya di sini hari ini.

Anak sulung mangsa, Mohd Hafiz Fadzil, 35, berkata, ketika dalam perjalanan ke Sik, bapanya sempat singgah dan solat Maghrib di Masjid Al-Wajdi Bukit Selambau.

“ Saya reda dengan pemergian bapa meskipun masih terkejut dengan kejadian itu,” katanya.

Jenaz4h Fadzil akan dikebumikan di Tanah Perkub0ran Islam Masjid Kampung Tok Bedu, Tasek Gelugor, Pulau Pinang hari ini.

Sumber: hmetro & utusan