Ainul Mardhiah selamat dibedah, ketumbuhan di mulut berjaya dibuang

LONDON – Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, 9 bulan yang mengalami penyakit disebut sebagai ‘Germ Cell Tumour’ dilaporkan telah selamat menjalani prosedur pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada mulutnya.

Menurut BH Online, sekumpulan pakar bedah dan anestetik di bawah pengendalian Prof. David Dunaway merangkap Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan telah berjaya membuang ketumbuhan di mulut bayi ini. Dikhabarkan ketumbuhan tersebut mula membesar sejak lahir sehingga beratnya mencecah 200 gram!

Sementara itu, salah seorang daripada empat petugas perubatan yang turut sama-sama mengendalikan pembedahan berkenaan iaitu Dr Julian Ong memaklumkan bahawa prosedur pembedahan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

View this post on Instagram

Alhamdulillah, Ainul, you’re strong baby girl! 😭 After about 5 hours of battling in theatre, the tumour (weighed 200g) was successfully removed. You could not imagine how anxious I was, whilst in theatre. Such a tiny baby, so delicate, so beautiful — “don’t worry baby, everyone is here to help you”. Because it was such a high risk operation, a lot of preparations needed to be done before the operation to ensure that baby Ainul was safe. A lot of planning, a lot of scans, a lot of meetings and a lot of patience. The team included surgeons from various specialties (including craniofacial, plastics and head and neck consultants) led by Prof David Dunway and Mr Juling Ong. They’re very experienced in their own respective field. I was very honoured to be part of the surgical team. Ainul is currently being monitored post-operatively and she’s stable. When I stepped out from theatre and saw Ainul’s parents, I couldn’t control my emotions. It was a mixed feeling, such an emotional journey and an uplifting experience at the same time. Ainul, Wani and Safi are like my own family. Let’s pray for Ainul’s recovery. Thank you for all your prayers. 🙏🏽 (Consent was given by Ainul’s parents for this story to be on IG)

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on

“Pembedahan sangat lancar malah lebih baik daripada yang dijangka. Ketumbuhan berjaya dibuang mengikut perancangan,” jelas Dr Julian, doktor bedah plastik pediatrik dan craniofacial.

Jelas beliau lagi, pembedahan yang berlangsung selama lima jam itu berjaya mengumpulkan sampel ‘biopsi’ terhadap tumor berkenaan yang terdiri daripada komponen sel kanser dan bukan kanser.

“Sekarang, kita perlu pastikan Ainul selesa dalam jagaan rapi, biarkan dia rehat dan lukanya sembuh. Kemudian, kita akan teliti semula perkembangannya untuk tempoh beberapa minggu akan datang bagi mengesahkan sel kanser mulutnya tidak berulang.”

Pada masa yang sama, bapa kepada Ainul iaitu Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24 tahun sempat mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kerana anaknya masih diberi peluang untuk hidup.

“Syukur ke hadrat Ilahi kerana kami diberikan peluang sekali lagi untuk menjadi ibu dan bapa kepada Ainul. Kami sangat teruja untuk menjaga Ainul dan bermain dengannya seperti kehidupan yang dijalani oleh kanak-kanak lain.”

Tambah Ahmad Safiuddin lagi, “Apabila pertama kali melihat Ainul selepas pembedahan, dia sangat cantik, macam masa mula-mula dilahirkan.”

Sumber: BH OnlineNST