Rakyat Malaysia Tabik Dr Amalina. Ini Biodata Beliau, Tak Sangka Ibu Dan Ayahnya Bukan Calang-Calang

Rakyat Malaysia menzahirkan ucapan terima kasih kepada Dr Nur Amalina Che Bakri dan pasukan pakar yang berjaya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada mulut bayi sembilan bulan yang menghidap Germ Cell Tumour di sebuah hospital di London, Isnin lalu.

Menerusi Instagram (IG) milik Dr Amalina mendapati lebih 200,000 tanda suka dan lebih 12,000 komen selepas pembedahan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dijalankan.

Bagi pemilik IG dikenali sebagai Fazleenfazel, dia mengucapkan syukur dan tahniah kepada Dr Amalina dan pasukan.

“ Saya bangga dengan awak, syukur dapat kembalikan senyuman ibu ayah Ainul. Semoga Ainul terus sihat. Tabik kepada rakyat Malaysia kerana anda Ainul dilahirkan semula dengan senyuman.”

Ucapan sama turut dinyatakan pemilik IG dikenali sebagai drshaairanasir berkata, ‘kerja yang menakjubkan. Tidak sabar untuk melihat kemajuan dan perkembangannya dari sekarang.’

Tidak ketinggalan beberapa selebriti turut menyatakan ucapan antaranya penyanyi dangdut yang juga penyampai radio, Haiza (haizahanafi) menzahirkan ucapan terima kasih dan amin.

Pelakon Catriona Ross (catrionabrianross) turut mengucapkan ‘Alhamdulillah… bagus Dr Amalina dan pasukan’ serta pelakon Ainina Ahmad B (ainina_ahmad b) mengucapkan alhamdulillah.’

Pemilik IG dikenali sebagai aziemah_nawawi berkata, ‘sejujurnya aku suka betul setiap kali Dr Amalina pakai uniform kerja, nampak cantik, manis dan sangat profesional.’

Bagi altynahetty pula, dia bersyukur dan menangis membaca bahagian akhir ‘nafas tersekat-sekat sebak… semoga adik ainul terus sihat ye sayang.’

Harian Metro melaporkan ketumbuhan pada mulut bayi berkenaan yang membesar sejak dilahirkan hingga mencapai berat 200 gram itu, berjaya dibuang sekumpulan pakar bedah dan anestetik diketuai Ketua Unit Craniofacial Prof David Dunaway.

Nur Amalina Che Bakri (lahir 7 Disember 1987, Kota Bharu) merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan, seorang pengetua sekolah menengah dan bapanya Che Bakri, seorang jurutera, Timbalan Pengarah di DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 7 Disember 1987, anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan, seorang pengetua sekolah menengah dan bapanya Che Bakri, seorang jurutera, Timbalan Pengarah di DBKL. Beliau dibesarkan di Johor Bahru.

Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika Farley’s di Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu (darjah 1), Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor Bahru (darjah 2-4), Sekolah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bahru (darjah 5) dan Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram (darjah 6).

Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Setiausaha Persatuan St. John Ambulans, Setiausaha Pasukan Rumah Kuning, Naib Bendahari Kelab Pencegah Jenayah dan Ketua Pasukan Badminton sekolah semasa beliau di tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Beliau belajar dan mengulangkaji pelajaran melalui televisyen dan internet. Beliau meminati program-program televisyen yang kelihatan realiti seperti siri Fear Factor, The Apprentice, National Geographic dan Discovery Channel.

Kejayaan beliau dalam peperiksaan SPM 2004 juga adalah berasaskan kepada inisiatif beliau yang suka berjumpa guru untuk berbincang mengenai pelajaran serta mempunyai keyakinan yang kuat untuk berjaya.

Beliau melanjutkan pengajian peringkat A-Level di United Kingdom pada September 2005 di Cheltenham Ladies College dan medapat 5A dalam program A-Level. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah sarjana muda perubatan di University of Edinburgh, Scotland pada September 2007.

Semasa di University of Edinburgh, Amalina memperoleh satu lagi ijazah, iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Biomedik dalam Farmakologi pada Julai 2010 semasa dalam pengajian ijazah sarjana muda perubatannya. Beliau akhirnya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan pada Julai 2013.

Pengajian beliau dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia di bawah Program Biasiswa Kijang Emas.

Kehidupan terkini

Selepas menamatkan pengajian di University of Edinburgh pada Julai 2013, beliau telah melanjutkan pengajian dalam Masters of Philosophy (MPhil) in Translational Medicine and Therapeutics (TMAT) di University of Cambridge dan menjalani latihan sebagai doktor junior di Hospital Universiti Cambridge selama 2 tahun sebelum memulakan latihan sebagai seorang doktor pakar bedah kelak.

Beliau juga memaklumkan bahawa beliau memerlukan sekurang-kurangnya 6-7 tahun untuk menjadi seorang doktor pakar bedah dalam bidang kanser payudara dan onkoplastik. Nur Amalina telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Kelas Pertama pada pertengahan 2015.

Seterusnya, beliau telah meneruskan pengajian di Imperial College London pada Ogos 2015 untuk menjadi seorang doktor pakar bedah dan felo akademik klinikal di bawah naungan NHS Healthcare Trust. Beliau terlibat dalam pengkhususan payud4ra, plastik dan pembedahan awam dan telah berkhidmat di Hospital St Mary, Hospital Chelsea & Westminster dan Hospital Charing Cross

Sumber: hmetro