Akhirnya Ibu Mngsa Buka Mulut Dedah Kejadian Sebenar, “Kereta Itu Saya Pinjam Dari Rakan”

“ Kereta  yang digunakan hari itu saya pinjam daripada rakan, anak saya tidak biasa dengan kenderaan berkenaan.

“ Biasanya kalau kereta kami sendiri, anak saya tahu keluar (dari kenderaan),” luah Effarizan Asim, 31, ibu kepada kanak-kanak malang yang m4ut selepas ditinggalkan dalam kereta di Taman Aman, Lahad Datu, Rabu lalu.

Dalam kejadian 4.35 petang itu, Nursyarifah Adha Diiandra Abdul Mutralib men1nggal dunia akibat kesan haba selepas terperangkap dalam kenderaan hampir tiga jam.

Effarizan berkata, sehingga kini dia masih terkesan dengan kehilangan anak bongsu berusia dua tahun itu yang disifatkannya sebagai anak manja.

“ Sehingga kini saya rindu dengannya dan bagi saya, hari saya sudah berbeza dengan hari sebelumnya.

“ Masih terbayang lagi di mata, dia sering mengikut saya ke mana-mana,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, dia tidak menyangka kejadian itu berlaku dan menganggap ia adalah ujian kepada mereka sekeluarga.

Mengimbas semula kejadian hari itu, Effarizan berkata, dia memandu kereta rakan untuk menjemput dua lagi anaknya di sekolah.

“ Kereta yang saya guna Proton Saga FLX dan itu kali pertama saya menggunakannya.

“ Kalau kereta kami, anak saya biasa keluar masuk dan tahu buka pintu kenderaan tetapi mungkin hari kejadian dia tidak tahu bagaimana mahu keluar dari kenderaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Effarizan berkata, dia sudah tidak ambil kisah dengan komen netizen yang mempersoalkan kecuaiannya.

“ Saya tidak dapat luahkan hal lain, terutama sekali bila terfikir keadaan arwah yang men1nggal seperti itu.

“ Saya tidak tahu bagaimana mahu meneruskan kehidupan dengan perasaan bersalah ini, cuma berharap masyarakat di luar sana dapat mendoakan yang terbaik untuk kami sekeluarga supaya mampu melalui dugaan itu,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, sebelum kejadian, wanita berusia 31 tahun itu bersama mngsa yang juga anak bongsunya mengambil dua lagi anaknya yang pulang dari sekolah kira-kira jam 1 tengah hari.

“ Selesai menjemput dua anaknya, ibu mngsa meletakkan kenderaan itu di kawasan tepi jalan perumahan mereka dan memesan anak pertamanya supaya membawa mngsa keluar dari kereta.

“ Sebaik masuk ke dalam rumah, wanita itu terus solat di tingkat dua dan tertidur di biliknya. Dia hanya turun bersama suaminya pada jam 3.45 petang untuk makan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nasri berkata, ketika makan, wanita itu memanggil nama mngsa namun tidak dijawab.

“ Wanita berkenaan kemudian mencari mngsa di seluruh kawasan kediaman dan rumah jiran namun tidak menemui mngsa.

“ Wanita terbabit pergi ke kereta dan melihat mngsa terbaring di tempat duduk belakang dalam keadaan mulut berbuih dan tidak sedarkan diri,” katanya.

Nasri berkata, ekoran kejadian itu, mngsa dibawa keluar dari kereta sebelum dikejarkan ke Hospital Lahad Datu namun disahkan men1nggal dunia walaupun rawatan kecemasan diberikan.

“ Terdapat kesan melec0r di kiri muka dan lengan mngsa. Hasil bedah siasat mendapati kesan melec0r itu disebabkan keadaan panas di dalam kenderaan dan ia berlaku selepas mngsa men1nggal dunia.

“ Punca kemat1an disebabkan keadaan suhu atau haba terlalu panas. Ibu mngsa ditahan sejurus pegawai perubatan membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Kes3ksaan kerana menyebabkan kemat1an dengan cuai,” katanya.

Sumber: hmetro