“Buat baik tapi tak pkai tudung, macam mana?” Ini jawapan padu Mufti

Baru- baru ini kita dikhabarkan berita gembira dimana Adik Ainul Mardhiah selamat dibdah di hspital London oleh pasukan pakar bdah dianggotai oleh Dr Amalina Che Bakri. Ramai yang mengucap syukur dah tahniah atas kejayaan pembdahan tersebut.

Dikhabarkan kini adik Ainul Mardhiah ditempatkan di w4d biasa setelah doktor berpuas hati dengan keadaan kesihatan adik Ainul. Kejayaan pembdahan itu menyebabkan Dr Amalina menjadi trending dan ada yang mempersoalkan kebaikan yang ditunjukkan olehnya tetapi beliau tidak bertudung. Isu ini dijawab oleh mufti perlis yg dikenali dengan nama Dr Maza.

BUAT BAIK TAPI TAK PAKAI TUDUNG..?

Sejumlah orang menghantar soalan kepada saya tentang kebaikan seorang doktor perubatan yang membantu menyelamatkan seorang kanak-kanak yang menghidap Germ Sell Tumour. Kisah itu viral dan menjadi trending sehari dua ini. Persoalan mereka “patutkah kita memuji-muji doktor tersebut sedangkan beliau tidak bertudung kepala dan agak s3ksi?”.

Walaupun kita rasa persoalan seperti itu tidak wajar, namun itulah persoalan yang bermain dalam fikiran sebahagian mereka yang terkena versi kefahaman Islam yang bersifat punitif. Kadang-kala bukanlah salah mereka, sebab mereka telah dididik dalam versi kefahaman agama seperti itu. Kefahaman agama mereka bersifat begitu menghukum sesuatu kekurangan yang mereka lihat pada seseorang dan gagal melihat kebaikan-kebaikan lain yang ada pada individu yang sama.

Versi kefahaman atau cara fikir seperti itu menjadikan mereka memilih satu amalan yang menjadi satu ukuran utama mereka seperti bertudung, atau menyokong perjuangan mereka atau seumpamanya. Itu dijadikan penentu tunggal bagi kebaikan dan keburukan seseorang. Segala amalan baik akan dinafikan jika tidak mempunyai ciri yang mereka pilih itu.

Mereka itu lupa bahawa di akhirat kelak, ALLAH menimbang dengan adil setiap kebaikan dan kejahatan seperti yang ALLAH nyatakan dalam Surah al-Zalzalah. Mereka juga lupa al-Quran dalam Surah al-Qari’ah menyatakan bahawa sesiapa yang pahalanya mengatasi dosanya maka dia akan ke syurga. Sesiapa yang sebaliknya, maka dia ke neraka.

Ertinya, penilaian ke syurga bukan dibuat atas siapa yang tidak mempunyai dosa, tetapi siapa yang pahalanya mengatasi dosanya.

Mereka lupa dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan selainnya Nabi s. a. w. memberitahu bagaimana diampun dosa pelacur kerana memberi minum kepada anjing yang kehausan hampir m4ti. Tentulah betapa lebih layak untuk mendapat keampunan seseorang yang memberi minum atau menyelamatkan nyawa manusia yang terancam jika dilakukan dengan jiwa yang kudus.

Yaa, dosa tetap dosa. Kita tidak menghalalkan dosa disebabkan sesuatu kebaikan yang lain. Namun, kita tidak boleh menafikan kebaikan seseorang disebabkan satu dosa yang lain. Boleh jadi orang yang kita lihat melakukan sesuatu dosa itu, dia lebih baik di sisi ALLAH disebabkan pahalanya yang lain atau kemurnian niatnya yang kita mungkin tidak tahu. Boleh jadi kita yang tidak melakukan dosa tertentu ini, lebih buruk di sisi ALLAH disebabkan dosa yang lain.

Justeru, janganlah kita cuba menentu syurga dan neraka sesiapapun. Tugasan kita hanya memberitahu bahawa itu dosa, ini pahala. Pahala boleh membawa ke syurga, sementara dosa boleh membawa ke neraka. Beritahu apa yang ALLAH suruh dan apa DIA larang.

Adapun kedudukan pelaku dosa dan pahala di sisi ALLAH, hanya DIA yang maha tahu. Dia Yang Maha Mengetahui hakikat keseluruhan hidup seseorang zahir dan batin. DIA yang mengetahui timbangan antara dosa dan pahala seseorang.

Kemudian kita hendaklah kita tahu di sana ada dosa peribadi hanya antara hamba dengan TuhanNYA tanpa membabitkan hamba-hamba ALLAH yang lain. Dosa jenis ini mudah diampunkan oleh ALLAH. Di sana pula ada dosa yang membabitkan kezaliman antara kita dengan hamba-hamba ALLAH yang lain.

Dosa ini tidak diampuni sehingga kita memohon kemaafan atau membayar pahala kita di akhirat kelak. Jika tidak, kita mesti menanggung dosa orang yang kita zalimi. Inilah yang Nabi s. a.w tegaskan dalam hadis riwayat Mslim.

Maka, boleh jadi ada orang yang di mata kita lekeh disebabkan dosa peribadi seperti tidak menutup aurat, namun dia kurang melakukan dosa dengan hamba-hamba ALLAH yang lain. Boleh jadi orang yang kita pandang tinggi dengan penampilannya, tapi betapa banyak dosanya dengan hamba-hamba ALLAH yang lain.

Justeru, janganlah kita menafikan kebaikan orang lain disebabkan sesuatu kekurangan yang kita lihat. Ini tidaklah bererti menjustifikasi dosa yang dia lakukan, tapi kita dituntut untuk adil dalam menilai orang lain. Dosa dinilai dosa, baik dinilai baik. Ada dosa tidak semestinya tiada kebaikan. Ada pahala tidak semestinya tiada dosa.

Akhirnya, hendaklah kita sedar, kita semua sebenarnya pendosa. Cumanya, antara yang diketahui orang dan tidak ketahui oleh orang lain. Seperti mana kita mahu orang adil kepada kita, maka adillah kita terhadap setiap orang. Apa yang salah ia tetap salah tetapi tidak bererti menafikan kebaikan yang lain jika ada. Apa yang baik tetap baik, tetapi tidaklah menjustifikasi dosa yang lain.

Apa kata netizen

Mat fadhli, Sampai bila perbincangan hanya setakat tudung dan menutup aurat saja. Yaa tutup aurat itu wajib. Tapi isu lain spt sikap membuang sampah merata, pandu kereta mcm pelesit dan macam2 lagi maksiat yg memaluukan dan memb4hayakan nyawa tidak dipedulikan.

Muji Soundlight, Kesimpulannya.. biarlah Allah yg menentukan siapa masuk sorga dan siapa masuk neraka… manusia jangan lah ambil alih kerja Allah..

Laura Jack, Jelas penerangan Dr Maza.. alhamdulillah. Saya jg percaya seperti itu, tp mmg tak reti menjelaskan kepada org. Kita cuma perlu bgtau, mana dosa mana pahala, lepas tanggungjawab.. tapi tak perlu judge org tu ke neraka atau ke syurga. Itu hak Allah.Semoga kita menjadi lebih baik selepas ini, insyaAllah.

Ina Jaal, Yang tahu aurat wanita/lelaki itu dosa untuk dilihat, labuhkanlah mata anda. Era internet ini, bukan susah mencari ilmu, antara nak atau tidak saja. Kita doakan Allah swt memberi kita semua hidayah ke jalan yang benar. Yang tak menjaga aurat, akan terbuka hati menutupnya dan yang lain2nya, terus berdoa/berdakwah cara baik. Terbaik penjelasan Dr ini. Terima kasih.

Qard Arrazy, Bagus gak masyarakat kita prihatin.. masa zaman sekolah nye memakai tudung….tiba dewasa tidak memakai tudung.. atau menutup aurat..yg baik dia buat..adalah perkara terpuji..itu semestinya..dose pahala hanya allah sahaja yg maha tahu.. syurga neraka kerja tuhan..itu la kelebihan wanita islam..sentiasa dijaga oleh masyarakat..

Islam khusus dalam bab menutup aurat..beruntung berada di malaysia amat prihatin tentang aurat..kalau berada di luar negara..tiada siapa nak menengur atau menasihat..tambah lagi..icon.negara.. prihatin yg positif..

sepatut nye harus dilakukan kepada pelakon2..bini mnteri2 bini raja-raja.. org kaya.. dan sedara mara adik ipar dan juga isteri sendiri..termasuk isteri sy..juga..semoga kita menjadi ahli syurga kesemuanya..sebab kampung kita adalah syurga..sebenar.. nabi adam berasal drpd syurga juga..jadi jom balik kampung..

Sumber : FB DrMAZA.com via citesyok