Akhirnya Ibu Dr Nur Amalina luah sesuatu buat insan yg mrngata anaknya. Ini Kata2 Beliau Saat Dlm Kapal Terbang

SAYA bersyukur kepada Allah SWT kerana pembd4han Ainul Mardhiah selamat dijalankan dan bayi dalam keadaan sihat.

“Sepanjang perjalanan pulang dalam kapal terbang saya menangis kerana sebak dan terharu,” kata Sabariah Hassan, 59, ibu kepada Dr Nur Amalina Che Bakri.

Beliau baru saja pulang ke tanah air semalam, selepas menyambut Aidilfitri bersama Dr Nur Amalina di London, sejak 29 Mei lalu.

Menurutnya, sebagai ibu, beliau amat menghargai pujian serta ucapan terima kasih rakyat Malaysia terhadap anaknya itu.

“Tidak sedetik pun terlintas di hati Amalina untuk menerima pujian kerana fokus utama dia adalah membantu Ainul.

Niat utama Amalina

“Niat dia hanya untuk menyelamatkan Ainul kerana dia amat sedih selepas mendapat tahu mengenai keadaan Ainul.

Amalina yakin

“Amalina sangat yakin dengan izin Allah SWT, bayi berkenaan boleh diselamatkan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Sabariah berkata, Dr Nur Amalina bersama bantuan pakar yang sangat berpengalaman serta hebat dalam bidang masing-masing kerana dia mempunyai ramai kenalan.

“Insya-Allah, saya lihat Amalina mempunyai nilai insan dan kemanusiaan yang amat tinggi tanpa mengira wang ringgit serta penat lelah.

“Bila sesuatu operasi (pembdahan) itu berjaya dilakukan, dia merasa puas dan tersenyum kegembiraan. Sebelum ini, dia sudah biasa buat pembdahan sama ada kecil atau besar.

“Namun bagi kes Ainul ia adalah yang pertama dari Malaysia yang menderrita penyakiit ketvmbuhan membuatkan dia tampil membantu,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kecaman warganet terhadap Dr Amalina sebelum ini, Sabariah berkata, sebagai manusia dia tidak boleh menyekat sama ada orang suka atau tidak.

Pesan seorang ibu

“Cuma pesanan saya kepada mereka yang suka mencemvh orang lain supaya cermin diri sendiri dulu.

“Jika kita orang baik pastinya kita tidak akan mencemvh orang lain. Kita akan jaga tutur kata dan berbuat baik serta tidak akan menyaktiti hati orang lain.

“Kita juga tidak akan menyusahkan orang lain, membuat orang sedih dan memfittnah orang. Tetapi jika sebaliknya siapa yang ‘berpenyakiit’ sebenarnya?” katanya.

Katanya, Dr Nur Amalina tidak pernah buat salah kepada orang lain dan niat dia membantu Ainul bukan untuk membersihkan namanya.

“Saya berharap dan berdoa semoga Amalina sentiasa sukses dalam kerjaya dan mempunyai kepakaran yang tinggi untuk merawat serta membantu menyelamatkan nyawwa manusia tidak kira agama, bangsa dan negara,” katanya.

View this post on Instagram

Twinning 🌸 @umay

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on

Sumber : Harian Metro via Ariana Rose.